Pengikut Kesayangan

Thursday, December 2, 2010

Natrah - Antara Cinta dan Agama..




Jumaat yang lepas, CP berpeluang menonton Teater Natrah Musim Kedua di Istana Budaya.. Sedikit sinopsis teater tersebut seperti di bawah:

Teater Natrah memaparkan rentetan kehidupan Nadra Maarof, atau nama Belanda Bertha Heartogh. Beliau adalah wanita keturunan Belanda yang dipelihara oleh Che Aminah Mohamad. Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara Natrah dan Mansoor Adabi yang menyebabkan terjadi rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Pada 9 Julai 2009, beliau meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.

Ada beberapa perkara mengenai teater Natrah ni yang CP nak kongsi:

1. Dalam sesi temuramah pengarah teater, Erma di portal hiburan murai.com.my, beliau mengatakan "Harus ada kejutan yang mana kali ini saya akan menampilkan enam pelakon hebat yang berpengalaman dalam dunia seni. Salah seorang daripadanya ialah tidak lain tidak adalah Dato Rahim Razali"
Komen CP: err rasanya suara Dato' Rahim Razali pun tidak kedengaran, apatah lagi batang hidung beliau

2. "Jika sebelum ini lagu-lagu dalam teater ini dinyanyikan oleh orang lain kerana kesuntukan masa untuk mereka berlatih, tapi kali ini dengan lagu baru dan lama yang telah diberikan susunan muzik baru, Remy Ishak dan Maya Karin sendiri akan menyanyikannya lagu tersebut"
Komen CP: rasanya Remy hanya membuka mulut (miming) sedangkan lagu orang lain nyanyi.. Takkan cakap suara lain, tetiba nyanyi suara jadi lain?.. Hmm kawan yang sama-sama menonton dgn CP pun setuju dengan komen CP ni..

3. Babak yang paling menarik perhatian orang sampai penonton bertepuk tangan adalah babak Remy Ishak menari lagu hindustan yang dimelayukan.. Itu sahaja babak yang mendapat tepukan orang ramai haha..

4. Membariskan ramai pelakon yang dikenali tetapi kalau ditengok balik peranan mereka di dalam teater tersebut, CP akan kata "takde diorg pun tak per, tak memberi kesan pun"

5. Babak akhir (penutup) adalah di mana Natrah di tengah-tengah. Di kanan nya, sekumpulan orang Islam tengah sembahyang.. Di kiri adalah kumpulan orang Kristian.. Natrah tetap berada di tengah dah tamat teater. Sejurus selepas itu, keluar di skrin "Al-fatihah" dan kedengaran bacaan ayat suci..
Komen CP: CP tak tahu pasal kisah Natrah, jadi berdasarkan pada babak akhir, CP andaikan Natrah meninggal sebagai orang Islam dan Al-fatihah tersebut ditujukan kepada beliau. Selepas habis, CP baru dapat membaca kisah sebenar Natrah di perkarangan IB, dan rupa-rupanya teater Natrah yang dipentaskan tadi tu tidak mengikut cerita sebenar yang berlaku. Dikomersialkan untuk menarik perhatian penonton. Tetapi yang paling CP kesalkan, rupanya Natrah mati sebagai orang Kristian, malah telah lama jadi kristian.. Jadi kenapa ending dia mengelirukan? Membuat orang menyangka Natrah mati sebagai orang Islam, malah CP turut mensedekahkan Al-Fatihah kepada Natrah.. 

Overall, permulaan bermula dengan baik sampai pertengahan..dari pertengahan sampai tiga suku, sangat membosankan dan meresahkan. Sampai CP leh terlelap.. Kembali baik pada suku terakhir. Cuma seperti komen CP pada no 5 kat atas tu, memang CP agak terkilan dengan ending. Ending dia mmg baik cuma bila dia tinggalkan penonton dgn persoalan samada Natrah mati sebagai Islam atau Kristian, dipancarkan di skrin "Al-fatihah" dan bacaan ayat suci Al-Quran boleh membuatkan orang berkesimpulan bahawa Natrah mati sebagai orang Islam sedangkan dia telah kembali kepada kristian.. 

Monday, November 29, 2010

Masalah Komunikasi

Seorang Managing Director memberi arahan kepada General Manager nya…

“Besok akan ada gerhana matahari penuh pada jam sembilan pagi. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari. Untuk menyambut dan melihat peristiwa ini, seluruh pekerja diminta untuk berkumpul di padang dengan berpakaian kemas.. Saya akan menjelaskan fenomena alam ini kepada mereka. Jika esok hujan.. dan kita tidak boleh melihatnya dengan jelas.. kita akan berkumpul di kantin saja.

Lalu General Manager itu menyampaikan arahan bos nya kepada Ketua Jabatan..

“Ini adalah arahan Managing Director.. esok pada jam sembilan pagi akan ada gerhana matahari penuh.. Jika esok hujan.. kita tidak boleh berkumpul di padang untuk melihatnya dengan berpakaian kemas.. Dengan demikian, peristiwa gerhana matahari ini akan dijelaskan oleh Managing Director di kantin sahaja. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari.”

Dan Ketua jabatan pula menyampaikan pada ketua seksyen..

“Ini adalah arahan dari Managing Director.. esok kita akan mengikuti peristiwa gerhana matahari di kantin pada jam sembilan pagi dengan berpakaian kemas.. Managing Director akan menjelaskan apakah esok akan hujan atau tidak. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari.”

Seterusnya Ketua seksyen pula menyampaikan amanat tadi kepada penyelia..

“Jika esok turun hujan di kantin.. kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari, Managing Director, dengan berpakaian kemas akan gerhana pada jam sembilan pagi.”

Akhir sekali penyelia menyampaikan arahan tersebut kepada para pekerjanya..

“Esok pagi.. pada jam sembilan.. Managing Director akan gerhana.. Sayang sekali, kita tidak boleh melihatnya setiap hari.

ngeh ngeh ngeh, arahan paling last sekali memang menyimpang terus.. Tak pasal-pasal MD akan sakit, siap boleh tahu pukul berapa lagi tu hehe..


Wednesday, November 24, 2010

Exam oo Exam




Semalam bermula peperiksaan SPM dan STPM.. Seperti biasa, balik dari kerja CP akan mendengar radio Hot FM.. petang semalam membincangkan mengenai peperiksaan SPM, tips atau pengalaman.. Antara tips yang diberi ialah jangan membaca atau berbincang mengenai paper yang akan diduduki sebentar lagi.. Terus teringat pengalaman CP semasa peperiksaan akhir semester lepas..

Masa tu paper pertama iaitu Marketing Management.. Exam hari Sabtu dalam pukul 11 pagi.. Memang tak sempat nak study sangat sebab sibuk menyiapkan assignment.. Maklumlah, buat part time ni, tak banyak masa nak siapkan assignment.. So pagi tu, CP singgah ke rumah kawan di Danau Desa, ambil dia untuk sama-sama gi exam.. Sempat bersarapan dan menyelak2 buku, sebab tak sempat sangat nak study..

Dalam kereta, kawan CP ni baca pasal pricing strategy dan terangkan kat CP kesemua 6 strategi tersebut.. sebenarnya CP sendiri pun x baca, dan masa dalam kereta tu lah kami sempat bincang pasal strategi tersebut.. Bila exam bermula, CP baca soalan satu2.. ada 5 soalan essay, no 1 sampai 4, CP senyum sebab tahu jawapan nya, tapi bila baca soalan 5, alhamdulillah, bersyukur CP sebab soalan nya ialah 6 pricing strategy tersebut.. sempat CP pandang kawan tu dan sama-sama tersenyum.. Nasib baik kami sempat bincang dalam kereta dan x sangka soalan tu yang akan keluar ngeh ngeh ngeh...

Alhamdulillah, result sem lepas pun dah keluar dan kami sama-sama dapat A subjek tersebut.. 

Semoga berjaya kepada semua calon-calon peperiksaan, tak kira lah SPM ke STPM ke atau apa jua peperiksaan.. Tips untuk semua, study awal dan bersedia untuk exam.. Sila jangan contohi kami ngeh ngeh ngeh..

Wednesday, November 10, 2010

Dah sampai seru vs Penantian Penyiksaan

Hmm hampir terlupa janji CP dulu.. kalau masih ingat, pernah CP buat entry pasal Dah sampai seru dan juga Penantian penyiksaan... Hmm malas lak nak link kan, kalau rajin cari sendiri yer ngeh ngeh ngeh..

Ramai gak yang bagi komen, ada yang sampai buat CP ketawa.. Tapi itulah kawan-kawan blog yg CP sayangi.. Kisah sebenarnya bukan lah pasal CP dalam dilema nak pilih gadis A, B atau C.. Masa tu CP sebenarnya berhasrat nak sambung pelajaran. Buat part time master.. Nak tunggu turn untuk JPA, CP kira-kira dalam tahun 2020 baru sampai turn..

Alkisahnya masa tu pilihan CP, A = UiTM. B = UPM.. So CP pun survey lah antara kedua-dua U tersebut.. dari segi kos dan jadual kelas.. Sedang dalam membuat pertimbangan, ada pulak kawan ajak buat kat C = UUM, sebab isteri kawan sekerja dia merupakan koordinator program master UUM tu.. Memandangkan dah ada kawan yang ajak buat sama, CP pun apply lah UUM, tetapi buat dekat learning centre kat Shah Alam..

Alhamdulillah permohonan berjaya, dan ditawarkan tempat untuk menyambung MBA di UUM.. buat part time ni kena korban banyak masa terutama hujung minggu kerana kelas CP hari Sabtu 2 ptg - 9 malam dan Ahad 9 pagi - 6 ptg.. Memang agak penat sebab x dapat nak berehat hujung minggu. (salah satu reason kenapa blog ni bersawang ngeh ngeh ngeh).. Tetapi kira ok lah sebab kelas alternate weekend.. selang seli.. 

Semester pertama telah pun CP berjaya harungi, namun keputusan masih belum diketahui sebab banjir di utara.. Sepatutnya result dah keluar Isnin lepas 8/11 tapi terpaksa ditangguhkan.. berdebar gak nak tunggu result sem 1.. Sabtu ni 13/11 insyaAllah CP akan naik semester 2.. hmm kena rajinkan balik diri untuk masuk kelas dan buat assignment yang berlambak ngeh ngeh ngeh..


Tuesday, November 9, 2010

Aku Masih Menang

Kalau dalam dunia hanya ada warna hitam dan putih,
Kalau dalam dunia hanya ada yang baik atau lebih baik,
Kalau dalam dunia hanya ada 2 pilihan, A atau B, 1 atau 2,
Kalau dalam dunia hanya ada... argh, x perlu kalau kalau sebab memang tidak akan begitu..

Ini lah dunia dan kehidupan.. Semua orang impikan yang terbaik, namun tak semua bertuah untuk mendapatkannya. 

Aku hanya insan biasa, insan yang tidak boleh lari dari sifat manusia, pelupa, lalai, leka, ego.. tapi aku cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik.. Cuma kadang-kadang mungkin apa yang aku buat, tak cukup baik untuk orang lain.. Nak puaskan hati semua orang, bukan kerja mudah malah agak msutahil untuk aku lakukan.

Mungkin betul kadang-kadang secara tak sengaja aku ter menyakiti atau mengguris hati orang lain.. Bukan aku sengajakan, tapi aku insan biasa.. Aku selalu sedia memaafkan kesalahan orang lain pada aku, tapi sukar untuk aku lepaskan apa yg telah di lakukan pada aku.. Namun berdendam atau membalas bukan cara ku. Tetapi apabila dah sampai tahap melampau keterlaluan, aku juga ada hati dan perasaan.. Aku juga merasa hampa dan kecewa, dan sampai tahap aku merasa marah. Tapi alhamdulillah, marah aku masih boleh dikawal.

Masing-masing ada kehidupan sendiri.. kenapa sampai nak mengganggu hidup orang lain? Dah besar sangat ke diri tu? dah bagus sangat ke diri tu? Entah lah, kadang-kadang tak tahu nak cakap apa, marah, kecewa, menyesal, sayu, semua bercampur2.. Tapi alhamdulillah, kesabaranku masih kuat.. Aku takkan merendahkan diri ku dengan membalas perbuatan tersebut. Aku berdoa agar orang-orang yang tidak sedar diri ini akan berubah dan menyesali apa yang telah dilakukan.. Aku masih mampu lagi tersenyum walau apa yang engkau lakukan.. Kerana aku belum lagi tewas, maka aku masih menang..

p/s tiada kaitan dengan kawan2 blog kesayangan CP ni.. sekadar luahan rasa..