Selamat bersekolah bagi yang bersekolah, selamat bekerja bagi yang bekerja, selamat bercuti bagi yg bercuti.. Bersekolah ker, bekerja ker atau bercuti ker, biarlah betul2 yer.. Semua benda kalau kita buat betul2, di situlah titik kejayaan kita..
CP nak kongsi pasal 3 kategori budak sekolah..
1. Kumpulan yang okey segala2 nya..
Tak payah suruh, tak payah marah, tak payah ugut, dia boleh buat semuanya sendiri.. Baca buku sekolah tak payah nanti disuruh.. Tahu dia pergi cari buku dan baca sendiri.. Kumpulan yang membahagiakan ibu bapa.. cikgu kat sekolah pun turut senang dengan anak murid mcm ni.. biasanya dapat result yang baik dalam peperiksaan..
2. Kumpulan sekali suruh sekali buat, sekali suruh sekali buat, sekali suruh sekali buat..
Hah, CP beritahu pun sampai berulang kali.. Macam tu lah nak gambarkan perangai mereka. Sekali "hentak", sekali nak baca buku, sekali kena nasihat, pun sekali je dia berubah.. Tapi perubahan dia tak lama, asyik nak kena ingatkan selalu..
3. Kumpulan tak makan saman..
Anak yang tak makan saman, terutama yang dah meningkat remaja, Ya Allah, sakitnya hati kan.. Rasa mcm bela lembu 100 ekor lagi baiklah dari anak yg degil mcm tu.. Degil, melawan, buat benda2 yang memalukan, menyakitkan hati dan seribu satu lagilah perkara yang tak baik dibuatnya..
CP percaya dan melalui pengamatan CP, ramai ibu bapa yang mempunyai anak dlm 3 kumpulan yang CP sebutkan kat atas tadi.. Mesti ada campur2, jarang sangat kalau semua anaknya, semuanya ok.. Kalau ada, alhamdulillah lah..
Hmm walau kategori mana pun anak2 anda, dia tetap zuriat anda.. Berusaha sebaiknya untuk didik anak2 supaya akan jadi "seseorang" di masa hadapan.. Banyakkan doa, usaha dan tawakal..
CP ni cerita mcm dah ada anak lak, ngeh ngeh ngeh.. Sekadar berkongsi sesama kita..
Biasa la tu CP bebudak nih macam2 perangainya tambah lagi zaman nih pendedahannya macam2 lebih advance berbanding umurnya. Tak kira la kumpulan mane pun cekgunya kene lah didik betul2. Kat umah pun mak bapak jangan la lepas tangan sama. Supaya nanti bebudak ni akan menggembirakan kita.
ReplyDeletesalam cp
ReplyDeleteanak2 ni semuanya "asalnya seperti kain putih" namun faktor genetik dan keturunan tidak boleh dinafikan
jalan terbaik ibubapa dan guru memainkan peranan masing2 dgn sebaik mungkin utk anak2 dr usia kecil dan muda lagi
setelah berusaha mendidik tak kira di rumah utk ibu bapa dan guru di sekolah, bertawakkal kpd Allah dan berdoa, semoga mrk menjadi insan yang berguna kelak, insyallah
psss cp byk anak apa, anak tekak, anak mata ngeh ngeh ngeh
salam IP
ReplyDeletebetul tu.. tanggung jawab bukan pada cikgu jer, mak bapak pun kena campur tangan gak.. kesian kat cikgu cikgi.. anak sdiri nak kena jaga, anak org pun, depa gak yg jaga, huhu
salam che rezeki
ReplyDeletesy percaya, membesar seorang anak, daripada pembawaan ibu bapa, mcm mana ibu bapa bentuk dan didik sejak kecil.. kalau nak anak berjaya dan baik, sama2 lah berusaha, jgn main lepas tangan jer..
pss byk gak kan anak cp..
Salam CP,
ReplyDeleteAgak2 dulu hang dalam kategori mana eks hehe..
Sy rasa anak sedara sy yang sorang ni campuran kategori 1 + 2..(aik bleh tak main campur2 ngeh3x)
salam syima,
ReplyDeletehmm agak2 hang, cheq yg mana? hmm cheq ni kategori hybrid, maklumlah baka campuran ngeh ngeh ngeh..
salam CP...
ReplyDeletetak tau ler nk masukkan anak2 kak ni dlm kategori mana ? macam2 ada .. kadang2 poning gak dibuat nya .
yg remaja mcm remaja n yg kecik mcm ragam kecik .... hanya mak bapak dia yg tau .he he he mudah2an Allah permudahkan segala urusan kita semua...
salam kak ummi,
ReplyDeletemcm sy kata lah tadi, dlm ramai2 tu mesti kumpulan lain2.. betul tak? susah nak dapat yg semua sama jer..
tapi yang penting, ibu bapa tahu mcm mana nak jaga n didik anak2.. semoga dipermudahkan segala urusan..
Bersembang dgn kawan lama suami, seorg guru disiplin bersekolah di kwsn luar bandar di utara. Cabaran mengajar budak kg la nie pun sama mcm budak bandar. Sampai ada mak bapak minta cik gu bagi cadangan kt kementerian, tak payah ada cuti sekolah, sebab mak bapak dah tak boleh jaga anak. Kalau mak ayah sendiri dah tak sanggup, siapalah lagi nak diharapkan mendidik anak yang Allah amanahkan tu?
ReplyDeletememacam kerenah bebudak sekolah dulu...saya katagori dua kot dulu..heheheheh
ReplyDeletesalam cikgu. saya kompom berada dalam kategori 3. tapi anak2 saya pulak, macam2 kategori ada.
ReplyDeletep.s terima kasih kerana sudi jadi follower saya.
salam pn ina
ReplyDeletehmm ish ish ish, kes berat mcm tu.. kalau mak bapak dah x sanggup, x kan nak serah pada cikgu lak.. kesian lah kat cikgu2 skrg ni, huhu..
salam,
ReplyDeletemereka adalah bunga bangsa dan bakal pemimpin keluarga dan negara.
salam ~0~
ReplyDeletedulu sampai skrg mmg mcm2 karenah diorg.. tp rasa skrg ni lagi bermacam2.. kesian kat cikgu cikgi
salam al-lavendari
ReplyDeletehmm kategori mana pun x kisah.. janji betul didikan, asuhan, insyaallah cerah masa depan..
terima kasih juga jadi follower.. salam ukhuwah fillah
salam Mak S,
ReplyDeletehmm betul2..
mereka ibarat benih yang bakal mengembang menjadi bunga..
dalam setandan kelapa tu ade jugak kelapa koming....jadi perangai budak2 ni pun sama la....bukan semuanya sama...cikgu pun pelbagai carai nak buat, nak kasi semua murid cemerlang...
ReplyDeletebetul tu cgu sonata..
ReplyDeletehmm makin berat le tugas n tanggungjawab seorang cikgu..
Salam CP.
ReplyDeleteAda gaya jadi perunding motivasilah hehehe
Saya masuk kategori ke 4 iaitu campuran 1,2 dan 3. Anak2 pun ikut mcm tu huhuhu
Ermmm...zuriat sendiri tu bila ye...takkan nak cakau dinding memanjang....
ReplyDeleteYB..
ReplyDeletemudah2 an masi mulut YB tu ngeh ngeh ngeh.. Aminnnn
DUN
ReplyDeletekeras sgt dinding rumah CP nak di cakau.. entah2 dinding rumah DUN yg dah nak runtuh, duk cakau, hahaha..
Dah "beraya" ke dari puasa? ngeh ngeh ngeh..
yang tak ada kumpulan pun ada jugak. tak tau langsung apa berlaku kat sekolah.
ReplyDeletebetul tu...zaman skrg mcm2...lebih dr 3 kategori tu...mcm2 perangai..sakit kepalakita....lagi2 cikgu...
ReplyDeleteSalam CP,
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru ...
Itu memang proses biasa ttg manusia. dan paling ramai dalam kategori 4.
ReplyDeleteAsasnya, ramai yang ada ketegori 1,2 dan 3.
:: Wujudnya kategori 1
- kerana mmg suka untuk lakukannya dan kena dengan minatnya.
:: Wujud kategori 2
- kerana minatnya sikit2 pada perkara yang dilakukannya.
:: Wujud kategori 3
- kerana memang x minat langsung terhadap perkara yang perlu dilakukannya..
:: Kategori 4:
- Campuran kategori 1, 2 dan 3. Suka-suka dia jerr... hehehhe. Akhirnya, itu le kategori aku kut. Hehehhe
first day masuk kelas... aku bagi peringatan tentang 5 perkara yg pantang aku dengar...
ReplyDelete1.tak ingat....
2.tak siap...
3.buku tinggal...
4.buku hilang...
5.semalam saya tak dtg sekolah...
kalau sebut je, aku bagi penampor
second day.....
.... errr saya silap bawa buku, cikgu.
emmmm... kena tambah jadi 6 la nampaknya lepas ni
salam cgu azlanlin..
ReplyDeletehmm kupasan yg lebih dari cgu, thanks for sharing..
hmm kategori 4 tu dah kira kategori hybrid, kacukan ngeh ngeh ngeh..
shifu,
ReplyDeletebudak2 skrg ni dah advance n kreatif.. tapi mmg salute lah sbb dia leh dahulu leh pk alasan ke 6 dari cikgu dia..