Pengikut Kesayangan

Showing posts with label CP vs Work. Show all posts
Showing posts with label CP vs Work. Show all posts

Monday, November 29, 2010

Masalah Komunikasi

Seorang Managing Director memberi arahan kepada General Manager nya…

“Besok akan ada gerhana matahari penuh pada jam sembilan pagi. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari. Untuk menyambut dan melihat peristiwa ini, seluruh pekerja diminta untuk berkumpul di padang dengan berpakaian kemas.. Saya akan menjelaskan fenomena alam ini kepada mereka. Jika esok hujan.. dan kita tidak boleh melihatnya dengan jelas.. kita akan berkumpul di kantin saja.

Lalu General Manager itu menyampaikan arahan bos nya kepada Ketua Jabatan..

“Ini adalah arahan Managing Director.. esok pada jam sembilan pagi akan ada gerhana matahari penuh.. Jika esok hujan.. kita tidak boleh berkumpul di padang untuk melihatnya dengan berpakaian kemas.. Dengan demikian, peristiwa gerhana matahari ini akan dijelaskan oleh Managing Director di kantin sahaja. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari.”

Dan Ketua jabatan pula menyampaikan pada ketua seksyen..

“Ini adalah arahan dari Managing Director.. esok kita akan mengikuti peristiwa gerhana matahari di kantin pada jam sembilan pagi dengan berpakaian kemas.. Managing Director akan menjelaskan apakah esok akan hujan atau tidak. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari.”

Seterusnya Ketua seksyen pula menyampaikan amanat tadi kepada penyelia..

“Jika esok turun hujan di kantin.. kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari, Managing Director, dengan berpakaian kemas akan gerhana pada jam sembilan pagi.”

Akhir sekali penyelia menyampaikan arahan tersebut kepada para pekerjanya..

“Esok pagi.. pada jam sembilan.. Managing Director akan gerhana.. Sayang sekali, kita tidak boleh melihatnya setiap hari.

ngeh ngeh ngeh, arahan paling last sekali memang menyimpang terus.. Tak pasal-pasal MD akan sakit, siap boleh tahu pukul berapa lagi tu hehe..


Tuesday, May 25, 2010

Bengkel Kredit Mikro KT


Pada ketika ini, CP sedang mengendalikan Bengkel Kepimpinan Kredit Mikro dengan kerjasama Bank Rakyat.. Bertempat di Dewan Mayang Sari 2, Hotel YT Midtown, Kuala Terengganu..

Sesi suaikenal peserta telah pun dijalankan, dan sekarang sesi taklimat oleh Pegawai Bank Rakyat..

Pada tahun lepas, CP juga yang mengendalikan bengkel yang sama tetapi dijalankan di Hotel Seri Malaysia.. Tahun ni saja CP berubah angin, tukar hotel lain..




Pas taklimat ni, habislah mereka ni di bengkelkan oleh CP ngeh ngeh ngeh..

- Posted using BlogPress from my iPhone 3GS

Monday, May 24, 2010

Sepetang di Pulau Kambing

Hmm saat ini CP sedang bersantai di tepi sungai Terengganu, di Pulau Kambing..

Sambil menikmati keropok lekor dan chicken chop..





Jemput minum sama yer kengkawan..

- Posted using BlogPress from my iPhone 3GS

Thursday, May 6, 2010

Kalau dah gatal tu..

Hmm masa ni CP dalam dewan seminar di Hotel Grand BlueWave Shah Alam..

Petang ni sessi perkongsian pengalaman oleh beberapa koperasi yang berjaya.. Kehadiran peserta amat menggalakkan.. 250 org.. Pagi tadi telah dirasmikan oleh Menteri kami..

Tapi apa kaitan dengan tajuk??

Cuba tgk gambar kat bawah ni.. Sedang penceramah syok berkongsi pengalaman, dia lak syok menggaru belakang badan dia dekat bucu pintu dewan.. Gamaknya dah gatal bebenor le tu sampai x pedulikan org ramai, ngeh ngeh ngeh..



Tapi, kan lebih elok kalau nyorok2 sikit kalau nak menggaru.. Tapi kalau dah gatal tu, tetap gatal kan kan kan!!! Ngeh ngeh ngeh

- Posted using BlogPress from my iPhone 3GS

Monday, May 3, 2010

Bermalas-malasan


Hari ni CP cuti
Sengaja ambil cuti
Nak berehat dan bermalas-malasan di rumah
3 minggu straight yg lepas, ada kursus nak ajar..
Minggu ni je free sikit..
Tapi x free gak sbb Rabu-Jumaat ada seminar lak kat Shah Alam..
Tapi dah kerja namanya kan..

Hmm bestnya kalau dapat bersantai mcm lalat kat bawah ni..
Santai tepi pantai, di hembus angin laut
Nyaman sekali..


Bermalas-malasan mcm kucing ni pun best kan..
Tapi CP sorg2 jer, kucing ni ada pasangan..
Siap bentuk love lagi tu,
huhuhu..


err selamat bekerja bagi mereka yang bekerja harini..

Sunday, April 25, 2010

Tapak Tangan

Minggu lepas,
pada hari terakhir kursus yang CP handle,
CP minta peserta buat satu aktiviti..

1. Mula2 CP edarkan kertas A4.. Ada 2 pilihan, mereka nak kuning atau pink
2. Gunakan marker, tekap tapak tangan kat kertas dan buat garisan ikut garisan tapak tangan
3. CP minta semua peserta menulis kata2 positif dan semangat pada kertas peserta lain termasuk CP..

Haha yang bestnya, nak tahu tak apa diorg tulis kat kertas CP?


ada 3 ayat yang best.. nak tahu?
1. Cepat nikah
2. Semoga cepat bertemu jodoh
3. Terima kasih di atas segala tunjuk ajar. Mudah2 an cepat dipertemukan jodoh..

Hmm notti gak peserta2 CP ni.. CP suruh tulis kata2 positif dan motivasi, itu yang di tulis nya, ngeh ngeh ngeh

Tapi ada 1 kata2 yang CP suka.. nak tahu apa dia?
Pemikiran bijak dan waras..
Ngeh ngeh ngeh, caya lah.. terima kasih lah sape yg tulis  ayat tu..

Monday, April 19, 2010

Luka terhenti

Rumah terbakar nampak asapnya
Hati terluka siapa yang tahu?

Luka di tangan, boleh bubuh ubat
Luka di hati?
Luka di tayar?
Alamat terbang lah lagi duit, huhu

Disebabkan hari ini CP ada kelas, jadi malas nak serabutkan otak dgn 
JaLaQ yang tempang kembali..
Selepas lunch, barulah memulakan operasi membaiki luka JaLaQ 
yang kembali berdarah
Rupanya tercucuk paku, mmg besar kesan tapi paku dah tercabut sendiri
(hmm tahupun takut paku tu) ngeh ngeh ngeh..
Alhamdulillah dah berhenti luka JaLaQ..
Harap2 tidak akan luka kembali..


sekali lagi JaLaQ bergaya dengan tayar spare yg bewarna kuning itu.. Comel lak tengok mcm tuan nya, hehe.. Hmm lepas ni tukar sport rim kuning lak kot sbb dalam JaLaQ mmg aksesori kaler kuning..

Luka Lama Berdarah Kembali

Mula-mula JaLaQ Tempang
Hari ini nampaknya Luka Lama Berdarah Kembali
Sekali lagi JaLaQ CP tempang
Pada tempat yang sama,
Huwaaaa...



Semasa keluar dari rumah seawal jam 6.40 pagi,
memang tak de rasa apa pun..
Pemanduan seperti biasa..
Sampai opis 7.20 pagi,
Seperti biasa berhenti di Foyer Blok A untuk punch card..
Lepas punch card, baru nampak
JaLaQ dah tempang, Huwaaaa..
Dah le pagi ni ada kelas.

Apa nak buat?
CP rehatkan JaLaQ kat Parking depan,
biar dia rehat dulu..
CP malas nak serabutkan kepala pagi2 ni,
nak kena fikir pasal kelas jap lagi ni,
Huwaaaaaaaaaa :'(

Thursday, April 15, 2010

Ba Ba Chak!!

Seperti di janji kan dalam entry lepas..
Tadaaaa...
Sila jangan komen kalau rasa berselerak, ngeh ngeh ngeh..
inilah rupa di sebalik pintu yang bertutup tirai

 meja CP.. lebih suka guna laptop n broadband sendiri dari guna pc maktab..


sebahagian dari cenderamata yang diterima.. banyak daripada Oversea sebab 2 tahun berturut CP handle program antarabangsa..


p/s kepada kawan2 semua, maaf kerana tak sempat nak berkunjung sbb agk sibuk semasa outstation yg lepas.. ni baru masuk office.. insyaAllah akan berkunjung kembali tidak lama lagi.. Salam sayang buat semua

Wednesday, April 14, 2010

Aum Chak!

Masa mula2 masuk kerja di MKM ni, ditempatkan dalam pejabat di Blok A.. Kena share bilik sampai 7 org.. Memang serabut sikit tapi seronok gak sbb ramai2 tu.. rasa rapat jer..

Bila pejabat kat Blok E siap di renovate, bulan Januari 2009 pindah.. Bagi pegawai rendah mcm CP, kena share sebilik 2 org..

Masa tu boss tak bagi letak sebarang benda kat pintu utk halang pandangan dari luar.. Mcm x best lak sbb org lalu lalang leh tgk dgn jelas org dlm bilik buat apa.. 


hmm kan boleh tengok dengan jelas.. Gambar ni di ambil masa baru je pindah dalam bulan 1 tahun lepas.. Tu yang macam bersepah je lagi bilik.. hmm yg tu bukan meja CP yer.. sila abaikan, sbb meja kawan sebilik CP.. hihi..

Pertengahan bulan lepas, tetiba ada org pasang tirai kat pintu bilik semua..


Tengok hasil nya sekarang.. dah tak nampak dalam kan, hihi..
Boleh main nyorok2 kan..
Aummm chak!!! ngeh ngeh ngeh..

Nak tengok tak apa yg ada dlm bilik tu?
Hmm nanti lah yer.. ada masa nanti CP snap le gambar dlm bilik CP ni, hihi malu nak tunjuk

Thursday, April 8, 2010

Konvo Kali Ke 14

Pagi tadi berlangsung Majlis Konvokesyen untuk Diploma Pengurusan Koperasi  
dan Sijil Pengurusan Koperasi.. 
Majlis di adakan di Auditorium Dato' Abdul Majid, MKM..
Dirasmikan oleh Menteri kami iaitu YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob..

CP ditugaskan untuk menyambut tetamu di Lobi Blok A.. Kira barisan paling depan sekali, ngeh ngeh ngeh.. Menteri dah sampai, baru lah masuk ke Audi..


Kumpulan Koir MKM yang terdiri daripada staf kumpulan sokongan, mendendangkan lagu Maktab, Top of The World dan 1Malaysia.. Di bawah bimbingan Penolong Akauntan..

Untuk kali ini, Graduan Cemerlang keseluruhan di sandang oleh kaum adam yer, bukan kaum hawa.. ngeh ngeh ngeh..

Ahadry bin Ukun yang berasal dari Kota Marudu, Sabah dinobatkan sebagai Graduan Cemerlang Keseluruhan.. Tahniah..

err nak inteprame gak, ngeh ngeh ngeh

Siapa lak yg CP bergambar tu? 
Hmm dgn Pakcik Ali dan Makcik Hakimah.. Anaknya yang terima diploma tu nama Nurul Afifah.. Nurul Afifah ni kira 2 pupu dgn CP lah sbb Pakcik Ali sepupu dengan emak CP..
Sekampung dengan emak di Pontian Johor tapi sekarang mereka menetap di Kuala Rompin, Pahang..

Tahniah kepada Nurul Afifah kerana turut terima anugerah Graduan Terbaik..
Tahniah kepada semua Graduan Diploma Pengurusan Koperasi dan
Sijil Pengurusan Koperasi..

Tuesday, April 6, 2010

Perjumpaan pertama

Sambungan dari Entry Jawapan Teori Boss Baru

Jumaat 2 April, perjumpaan rasmi di antara Ketua Pusat CALL dgn semua lecturer2 CALL.. semua ada kecuali Pn Norbiha yang cuti bersalin dan Puan Roziah yang cuti belajar.. Ada muka baru, En Kassim (sebenarnya org lama, dipinjamkan ke INSKEN, kemudian dipanggil balik berkhidmat dgn MKM dan dimasukkan ke Pusat CALL)


Bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik (bilik mesyuarat utama)..
Menu mee goreng dan kuih..


Agenda perjumpaan,
sesi perkenalan di antara Ketua Pusat dengan anak2 buah..
Ketua Pusat lama org Batu Pahat..
Ketua Pusat baru org Muar..

Amanat disampaikan, bicara hati diluahkan..
Harapan kami semoga dapat menjadi ketua yang disayangi, disegani..
Hanya kita yang tahu masalah kita, so tanggungjawab Ketua Pusat untuk fight for anak2 buah..


p/s Boss, pasal susu kambing tu, nanti lah yer.. skrg tgh "kering"
(boss baru ni buat biz susu kambing, jangan paksa kami beli udah ler, huhu)
(boss lama buat biz air ECPI)




Sunday, April 4, 2010

Air Jagung AS

Bila CP outstation ke Alor Setar, CP mmg suka minum air jagung.. 
Air jagung kat Alor Setar ni mmg special sikit.. 

Teringat lak waktu bulan puasa sbb kalau CP pergi Bazaar Ramadhan, 
mesti beli air jagung.. 
Tapi takleh lawan air jagung kat Alor Setar ni, ngeh ngeh ngeh..

sedap air jagung Alor Setar

Lasty day di Alor Setar, lunch di Pekan Rabu 
(MKM wilayah utara mmg betul2 di seberang jalan Pekan Rabu)
CP lunch dgn lecturer MKM sana, Fida dan Yani.. Ketiga2 order air jagung..

Dah siap makan nasi, teringin nak makan pulut sambal.. 
sbb tengok cantik je bungkusan nya. 
Depa pun suruh CP rasa.. 
Air lak dah habis, so order lagi secawan air jagung.. Sodappp..

longgokan pulut sambak yang menggamit CP untuk mencuba

Saturday, March 27, 2010

Jawapan Teori Boss Baru

Sila rujuk kepada entry Teori Boss Baru sekiranya anda tidak tahu..

Akhirnya terjawab soalan teori tersebut setelah hampir 2 bulan berlegar2 dalam kotak pemikiran kami..

Teori pertama, siapa bakal ketua pusat CALL?
Jawapannya..

 En Mohd Safaai @ Che Pai
meupakan ketua pusat BMeC


Teori kedua, siapa yang akan naik Gred 52?
Jawapannya..


Dr Jamilah aka Dr J
merupakan ketua pusat Konsultasi 
dan akan ke pusat BMec menggantikan Che Pai

Kedua2 nya akan efektif pada 1 April 2010

Tapi siapa akan jadi ketua pusat Konsultasi lak?
Jawapannya, Haji Ramlan
Pengarah Cawangan Sarawak 

Tapi siapa lak Pegawai gred 48 yang akan ke Sarawak
menggantikan tempat Haji Ramlan?
Hmm yang ni masih belum ada jawapan..

Kita tunggu siapa yang kena..
maka akan terdengarlah cerita drama dari mereka yang mengelak untuk di hantar ke cawangan Sarawak, ngeh ngeh ngeh..

p/s masa bengkel hari khamis, CP duduk sebelah Che Pai.. 

Che Pai :1 hb sy nak jumpa semua lecturer Pusat CALL

Che Pit :1 hb tak boleh Che Pai sbb sy dgn Nasibah ada di Alor Setar, kelas meminda undang2 kecil.. 1 hb baru balik

Che Pai :hmm buat 2 hb lah sbb sy nak semua ada..

Che Pit :err ok, nanti sy bgtau yg lain (dalam hati, baru ingat nak masuk opis lambat 2 hb tu sbb letih baru balik dari Alor Star malam tu)

Friday, March 26, 2010

Jumaat Hujung Bulan

Hari ni hari Jumaat
Penghulu segala hari
Jumaat hujung bulan..


Ada apa pada hari Jumaat hujung bulan?

8.30 pagi 
bacaan yasin

9.30 pagi
ceramah (hmm lupe tajuk apa sbb tadi sekali imbas jer tgk notis masa nak punch card)

11.00 pagi
perhimpunan bulanan dan sesi soal jawab

antara intipati penting perhimpunan bulanan kali ini ialah:

- pengumuman siapakah ketua pusat baru pusat CALL (pusat CP ler tu)
- siapa pegawai yang naik gred 52

sebenarnya dah tahu dari hari selasa, cuma harini 
baru nak buat pengumuman rasmi..

nak tahu siapa ketua pusat baru CP?
nantikan entry yang akan datang, ngeh ngeh ngeh..


sepanjang pagi penuh aktiviti.. blog? fb? hmm tunggulah pas sembahyang Jumaat nanti..

renungan pagi Jumaat: Di antara kejayaan akhirat, kekal tanpa pupus, kaya tanpa miskin, hormat tanpa hina dan bahagia tanpa duka. Inilah anugerah Tuhan kepada orang yang beriman ..Moga ditingkatkan keimanan kita semua..

Monday, March 15, 2010

Bengkel Kredit Mikro


Minggu lepas CP mengendalikan Bengkel Kredit Mikro Bank Rakyat di MKM Wilayah Utara, Alor Star..

Ini peringkat intermediate, di mana peserta mestilah telah mengikuti peringkat asas.. Kursus tambahan ini adalah permintaan Bank Rakyat sendiri semasa CP mengadakan perbincangan dengan mereka awal Januari lalu.

Dah nama pun intermediate, jadi topik2 nya pun lagi berat dari peringkat asas..
Tapi kira alhamdulillah sbb CP dapat peserta yang ok.. Siap bergelak ketawa dengan mereka..

Antara topik yang CP ajar ialah Pengenalan kepada Undang-undang Kontrak..

Cikgu (depa suka panggil cikgu, hmm belasah lah), kenapa nak belajar pasal undang-undang ni, kami ni bukan nak masuk court pun.. niaga kedai kecik2 jer..

Sebab secara sedar atau tidak, anda semua memang terlibat dengan Undang-undang Kontrak ni.. Kamu semua buat pinjaman dengan Bank Rakyat kan, ada sign agreement kan.. haa tu termasuk lah dalam Undang-undang Kontrak..

Ooooooo (besar mulut terlopong).. Barulah kami tahu.. Terima kasih lah cikgu sebab "ajer" kami.. 

Ngeh ngeh ngeh, tok sah lah sampai nak tergeliat lidah tu nak cakap Ke El mcm saya.. mana ada "ajer".. ajar ler.. kalau kat kg saya, sebut "ajor"..

ngeh ngeh ngeh.. gelak lagi depa..

Cikgu, kita rehat jap lah, dah pening kepala belajar undang-undang ni.. Cikgu buka lah video lagu kat dalam laptop cikgu tu..

Ok, take 5 k..


Ok, sementara tu, layan lah lagu Saleem ni yer.. Esok sy dah balik, tinggal kenangan lah mcm tajuk lagu ni..

Ala cikgu, lagu Lady Gaga takde ker? rancak sikit..

Err tak sesuai ler sbb ada unsur2 kelucahan sedikit.. 

Alaaaaaaaaaaa....




Friday, March 5, 2010

Kelas+sibuk=hadiah

Err apa lah punya persamaan yg CP bagi ni kan..
kalau dalam matematik, mesti salah ni..
tapi ilmu alam, CP betul kot..
 ngeh ngeh ngeh..

Alkisah minggu ni CP sibuk..
dari minggu lepas ada kursus pendek 
nak kena ajar
bersambung minggu ni..

dalam masa sama kena siapkan persiapan 
untuk kelas minggu depan di Alor Star
dan minggu satu lagi di Sungai Petani..

Tapi dah nama kerja, buat jangan tak buat
walau sampai termuntah buat kerja..
habis je kursus pendek minggu ni
last day kursus, peserta bagi hadiah..

Alhamdulillah org bagi, terima je lah 
tapi dalam hati CP berdoa
"Janganlah tuala kaler pink lagi"
sbb dah 3 kali CP dapat hadiah tuala kaler pink

Bukan tak bersyukur, tapi asyik pink jer
huhuhuhu..

Dahler baju raya kaler pink
(bukan CP beli yer, org sponsor kain pink tu)
tuala pun pink sampai 3 + 1 yg mmg CP beli


hmm kali ni bila CP buka, bukan kaler pink
hmm selamat
dan juga bukanlah sehelai tuala..

Wednesday, February 3, 2010

Buy 1 Free 4

Buy 1 Get 1 - Memang lah kan
Buy 1 Free 1 - Untung dapat extra 1

Buy 1 Free 4?

 
 CP beli cincin tu dengan separuh harga sahaja,
pastu dapat free 4 butang baju..

Bulan 11 tahun lepas, CP ke Sandakan atas urusan kerja..
Mengajar Bengkel Kepimpinan Skim Kredit Mikro Bank Rakyat

Peserta adalah golongan peniaga kecil-kecilan
Selepas habis bengkel, CP sempat ke Pasar Umum Sandakan
atas pelawaan daripada beberapa peserta bengkel yang menghadiri kelas CP..

Haji Akinal, salah seorang peserta bengkel CP menawarkan cincin dengan separuh harga sahaja..
CP memilih sebentuk cincin Jade..
Sebagai tanda kenangan, Haji Akinal memberi CP sekotak butang baju melayu..
Haji kemudian membawa CP melawat peserta2 lain 
yg turut serta dlm bengkel tu..
Sempat melawat 3 gerai peserta lain, dan semua memberi CP 
sekotak butang baju melayu
berlainan bentuk dan warna
cantik sekali

Terima Kasih semua..
InsyaAllah bulan 12 tahun ni, CP akan kembali mengajar bengkel yang sama di sana..

 
Pasar Umum Sandakan, tak jauh dari tempat penginapan dan tempat berlangsungnya bengkel, 
Hotel Swiss Inn Sandakan

Monday, February 1, 2010

Farewell Boss

Jumaat lepas, Majlis Persaraan boss CP

8.30 pagi : Bacaan Yasin dan Tahlil 
(mmg hari Jumaat hujung bulan akan ada bacaan Yasin dan Tahlil ni)

9.30 pagi : Mesyuarat Agung Tahunan KSS
(Kelab Sukan dan Sosial Maktab)

11.00 pagi : Perhimpunan Bulanan Maktab
dan sesi soal jawab

12.00 tghari : Majlis Persaraan Boss CP

 
  hadiah daripada ahli pusat kami (share2)

 boss CP dapat hadiah selepas bagi ucapan terakhir

 Sebahagian ahli Pusat CALL
dari kiri - Zurita, Nor Biha, Boss, CP, Zeeta.. 
Yang tukang ambil gambar, Rohalinda..
Asha'ari bercuti
Faizal terus balik pas habis keje, ada urusan penting..

Jam 4.00 petang, CP dgn Nor Biha keluar g beli pizza hut.. 
Jam 5.00, berkumpul di bilik boss, berbual buat kali akhir..  
Bermaafan dan mendengar leteran nasihat boss.. 
Pastu apa lagi, melantak pizza ler, ngeh ngeh ngeh..

Friday, January 29, 2010

Suratan vs Kebetulan

Isnin lepas CP outstation ke Sg Petani dan Sik..
Ber 3 dgn AFS dan AA.. (nama penuh yang dipendekkan)
Bertolak dari opis kul 11 pagi..
Singgah makan di RnR Tapah..
Pas makan, sambung perjalanan, tetiba AFS kuar soalan "cepumaut"

AFS: AA, LCD projector tadi ko bawa tak?
AA: Ya Rabbi, astraghfirullah hal azim..

mmg maut nye soalan, huhu..
mcm ne lah kami semua leh terlupa lak benda penting..
Sebelum ni x pernak lak jadi mcm ni..

CP: so kita nak buat mcm ni?
AA: hmm try tanya Cawangan Utara (Alor Star)..

                                         tut.. tut..
tut.. tut..

AA: Ok, diorg ada.. hmm so kita ke Alor Star dulu lah.. boleh?
CP: hmm yelah, nak buat mcm ner.. (dlm hati, aduh, x larat dah nak drive.. rasa nak terlentang atas katil je ni huhu)

Destinasi sebenar Sg Petani, tetapi terpaksa naik lagi ke atas ke Alor Star, pastu patah balik ke SP..
Memandangkan kami x familiar area utara, CP dapatkan bantuan en asben kepada kak ummi humaira iaitu che abihanan..

"lepas tol, belok kanan bla bla bla terus bla  bla bla jumpa trafic light bla bla bla jambatan bla bla bla balai polis bla bla bla jangan beli barang kat Pekan Rabu, mahal depa tekan kalau org luar.. bla bla bla.." panjang lebar penerangan che abihanan

ngeh ngeh ngeh sempat berpesan tu kalau nak shoping.. tapi mmg xde masa huhu..

Cawangan utara sebenarnya baru je beroperasi pada 3 Januari dan belum dirasmikan lagi.. terletak betul2 depan bangunan Pekan Rabu, bersebelahan CIMB Bank..


terang sangat sang mentari, lagipun guna camera iphone jer..

Takperlah, walaupun terpaksa menambah jarak perjalanan, tambah kos minyak dan tol, tambah masa, tapi redha je lah.. Dah suratan serta kebetulan kami akan sampai ke cawangan ni sebelum dirasmikan..