Pengikut Kesayangan

Showing posts with label CP vs Bloggers. Show all posts
Showing posts with label CP vs Bloggers. Show all posts

Wednesday, April 21, 2010

Let's Party

2 in 1
Kenduri untuk menunaikan umrah (sila klik kalau nak tahu) dan
Parti Tupperware

memandangkan kami mmg dah ada kat situ,
jadi dengar je lah..
ngeh ngeh ngeh..



di antara produk2 tupperware yang dipamerkan untuk promosi dan jualan











inilah model bagi produk terbaru Tupperware..













sambil promosi dan demonstrasi membuat cup cakes, turut di adakan kuiz.. dan pemenangnya pakcik tu, mendapat sebotol minyak jagung, ngeh ngeh ngeh









inilah rupa cup cakes yang baru nak di bakar.. err jangan tanya yang dah siap bakar sbb dah masuk perut kami dan tetamu2 yg lain, ngeh ngeh ngeh..

habis lah party tupperware.. yang selama ini CP tak pernah termimpi untuk hadir parti seperti ini, ngeh ngeh ngeh..


Tuesday, April 20, 2010

GKB terjah ke Rembau

Sabtu lepas, GKB terjah ke Rembau, Negeri Sembilan
Lokasi: Rumah Sinomosa @ Syima
Agenda: Kenduri sempena hendak mengerjakan Umrah

10.30 pagi: Jemput kak Elaira dan Atikah kat Komuter Serdang
Kemudian terus menuju ke Shah Alam, rumah Hanis
Afeezz sampai 2 minit sebelum kami sampai..

JaLaQ atau Cik Siti Nur?
Akhirnya JaLaQ jadi pilihan..
Sepanjang perjalanan, dihiburkan dengan lagu2 dari Wali Band, Hetty Koes Endang, Latin, Saleem..


siap bawa bekal lagi tu, ngeh ngeh ngeh..














begitu tekun sang driver sambil mendengdangkan lagu kepada ahli2 rombongan..










antara pencuci mulut yang unik..













menunaikan solat di surau berhampiran..
bergambar berlatar belakangkan gunung apa entah..


Makanan memang sedap2 belaka.. 
Dari Masak Lomak Cili Api Udang dan Rebung, Sambal Sotong, Gulai Labu, Ayam Goreng, Ikan Masin hanya sebahagian darinya. Ditambah lagi dengan Laksa, Bubur Kacang dan pelbagai jenis kuih muih dan kek.(cilok ayat afeezz)

Memang kenyang.. siap tapau lagi..
Terima kasih banyak2 kepada Syima dan famili yang sudi menjemput kami..
Semoga dipermudahkan segala urusan umrah syima beserta mak ayah..

Monday, April 5, 2010

GKB; edisi terjah KD

Sabtu yang lepas. GKB (Geng Kelab Bujang) telah menerjah ke Kota Damansara..

Mula2 terjah ke rumah Datin Lina di Seksyen 8..
Hasil terjahan, nasi beriani, kuih-kuih, buah-buahan.. sedap..
Kak Ummi dgn Mama Shidah + en asben pun ada sama..
Datin Lina ni merupakan silent reader di PDKM dan juga silent reader kat CCP ni, ngeh ngeh ngeh..

Katanya kepada Hanis, nak kenal dgn Che' Pit.. berkenan nak jadikan anak angkat, hi hi sila jangan percaya (takleh buat menantu sbb anak2 datin semua lelaki).. Pasni leh ar panggil mama, ngeh ngeh ngeh.. gurau jer..

CP agak familiar dengan kawasan Kota Damansara ni sbb dulu pernah duduk kat Seksyen 6, pastu Seksyen 4, KD ni..

CP, Hanis n Datin Lina.. Hampa Datin Lina sbb CP x pakai baju pink.. 
Ingatkan nak sedodondon, huhu..
Jangan marah datin yer, CP gurau jer.. 
Gambar cilok dari blog Kak Ummi

Dah konyang, baru Kak Ummi ajak ke rumah nya di Seksyen 7 lak.. 
"makan kenyang2 pesan Kak Ummi sbb nak naik tangga tingkat 5 flat rumah nya".. Pun jangan percaya sbb rumah kak ummi rumah teres.. Saja nak menyakat kami.. Tu belum kena sakat dengan GKB tu.. Sekali sakat kami keluar, hmm boleh berguling2 nanti, hahaha..

makan kek coklat kat rumah Kak Ummi.. sodap..

GKB bersama Datin Lina dan Mama Shida + asben.. 
Gambar ni pun cilok dari blog Kak Ummi..

Selepas Solat Maghrib berjemaah dgn Abihanan @ Abg Rahmat @ en asben Kak Ummi, skuad GKB terjah ke IKEA.. Cadangnya nak tgk wayang tapi memandangkan malam minggu, gerenti ramai org, so kami tukar plan.. Dah penat ronda2 kat IKEA, singgah makan meatball dgn chicken wings.. Hmm ingatkan nak "shoping tingkap" jer, tapi akhirnya terbang gak duit, terbeli barang kat IKEA tu huhu..

 banyak nyer.. meat ball..

Pengumuman kepada geng2 PDKM, nantikan skuad GKB terjah ke selatan, pantai timur dan juga utara.. tunggguuuu.. Yang Benar, Presiden GKB yang giler kuasa, ha ha..

p/s bro maza, nasib baik x tahu alamat rumah, kalau tak mesti kena terjah gak masa tu hik hik..

Thursday, April 1, 2010

Prrriiit.. Sila berhenti

Di suatu petang..
Ketika waktu kemuncak pekerja-pekerja balik dari pejabat..

Kelihatan sebuah kereta putih sedang berebut dengan kereta lain untuk pulang ke rumah..

 err milik siapakah Kereta Putih ini? biarlah rahsia..

Sampai je di bulatan Jalan Othman.. Priittttttttttt, polis trafik yang menjaga lalulintas di situ meniup wisel dan menahan kereta putih tersebut..

 pritttt.. op op.. berhenti!!!

KP (Kereta Putih) menurunkan cermin tingkap dan bertanya kepada PT (Polis Trafik) tersebut:

KP : laa nape PT tahan kereta sy?

PT : nak bagi laluan pulak pada kereta dari Jalan gasing tu

KP : nape sampai turn sy yang PT tahan?

PT : naper, tak boleh ker?

KP : bukan, patutnya tadi tahan le kereta belakang ni, bagi sy lalu dulu.. pastu PT nak tahan, ha tahan ler..

PT : mulut sy yang tiup wisel, tangan sy yang menahan, ada sy kisah?

KP : yelah, tapi kesian lah kat sy ni PT.. karang takut tak sempat lak..

PT : naper? takut tak sempat apa lak?

KP : takut tak sempat sy nak tgk opening cerita Na O Mei tu.. semalam dia habis tergantung.. saspens ni

PT : Na O Mei? Benda apa tu? Sabun buku May sy tahu lah

KP : err takpelah PT.. terima kasih lah yer.. (luper lak ptg2 dia bertugas atas jalan, x dapat nak nengok citer tu)

moral of the story: jalanraya bukan mak bapak kita yang punya.. oleh itu hendaklah bersopan santun dan berhemah semasa memandu dan juga setiap masa.. Berhati2 di jalanraya, semoga anda selamat tiba..

Wednesday, March 31, 2010

DUN Behrang & Sis Linda yg HOT

Hmm dah dapat 2 award, dapat lak TAG..
2 orang lak tu yang mengeTAG kan CP..
Ok mari kita lihat, siapa yang kenaaaaa....

1. Adakah and rasa anda HOT?
- rasanya kot sbb ada org pernah tegur CP ni badan panas.. ada tukang urut pun kata sama, sbb tu rambut atas dah kurang, gugur sbb kulit kepala panas..

2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang.

 


3. Cerita pasal gambar ini.
- hmm lupa lak amik gambar ni kat mana, tapi suka hasil karya dia.. cantik dan berseni serta kreatif si photographer tu 

4. Kali terakhir makan pizza?
- 2 minggu lepas.. ingat nak try pizza yg baru tu, tapi dah habis.. ramai sgt yg order

5. Lagu terakhir anda dengar?
- Puaskah oleh Wali Band., hmm nak nyanyi sikit lah
Puaskah kau lukai ku
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah oh sayangku
(sekadar selingan, tidak ada yg berkaitan k, no no no jangan buat spekulasi yer)

6. Apa anda buat selain menyelesaikan tag ini?  
- Chat kat FB dengan si "pipit" dlm entry Pipit vs Enggang tu 

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil apa?
- Nak jawab semua nama2 yang org panggil..
Che' Pit, Pejal, Pijal, Fizal, Pizal, Apit, Afis, Abg P, Hafiz, Acik, Abg Chik,  Ayah Chik 

8. Tag lagi 5 orang. 
- ni soalan yang sukar nak jawab.. 
1. afeezz
2. atikah
3. sinomosa @ syima
4. sahromnasrudin
5. hanis

9. Siapakah no. 1 pada anda?
- kembar tak seiras pada nama.. Hafizal vs Hafizan

10. Katakan sesuatu kepada orang no.5...
- walaupun cheq tau hang bz dgn keje n gym sampai x sempat nak update blog, tapi cheq TAG hang gak.. buat naa..

11. No. 3 ada hubungan dengan siapa?
- no 3 dengan no 1 lah hihihi.. kenapa? saje nak hubungkan depa berdua..

12. Bagaimana pula dengan no.2?
- minah rempit.. tin tin, opocot, lajunyaaaa..

13. Kata-kata cinta untuk orang no.4...
- err dia yg nak bercinta, dia lah yg fikir sendiri.. Takkan le CP yang nak kena fikirkan kot, haha..

Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang tag anda...
DUN Behrang 2020
- pendidik bangsa yang berwibawa
- kecil molek comel lote orang nya
- tapi keter besar panjang, kaler putih lagi tu      
- ramah di dalam, pemalu di luar
- cukup glemer di kalangan warga pendidik Perak

Sis Linda
- sekapal dgn CP, Johor
-  manissss belaka sbb semuanya maniss
- ibu moden yang ideal
-  ibu kepada 3 org anak
- isteri kepada en asben

OK, udah selesai.. Tamat 
 


Sunday, March 28, 2010

Award dari IDEALogyc

Terima kasih ler pada saudara IDEALoyc sbb bagi CP award dan tugasan nye sekali huhu..
Err sebelum ni, Pn Zue dah ada bagi tapi CP ngelat, ambik award jer, tugasan tak buat..
X per, kali ni PC buat ler tugasan nyer..



Here are the rules to accept the award :
  1. Thank & link the person that gave you the award.
  2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic
  3. Contact said Blogs and let them know they've won the award
  4. State 7 things about yourself.
Tugasan
1. Hmm dah solosai
2. Hmm ramai sgt yang fantastic sampai rambang mata CP nak milih..
3. Hmm masih lagi rambang mata
4. 7 benda pasal CP ek?
- x berapa nak ensem, manis jer hehe
- x berapa nak pandai, sedang2 jer
- x berapa nak sedap suara. setakat karaoke dalam jamban jer
- x berapa nak baik, tapi tak jahat k.. notti jer
- x berapa nak kaya, tapi cukup buat makan pakai diri sdiri
- x berapa nak peramah, tapi mmg serius
- x berapa nak rajin, tapi bukan liat balak..

hmm dah lah tu kot, ngeh ngeh ngeh

Thursday, March 25, 2010

Pipit vs Enggang

Di suatu petang yang damai, kelihatan 2 ekor burung berlainan spesies bertenggek sama di atas sepohon kayu pokok mangga  yang daun nya rimbun.. lebat bunga nya serta buahnya.. tanpa disedari mereka sedang diperhatikan oleh seorang budak kecil..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


E : kenapa kita tak boleh berjumpa lagi? apa salah kita?

P : kerana darjat kita berbeza.. Aku hanya seekor pipit sedangkan engkau, Enggang yang gah, hebat dan popular.. kawan2 kau pun ramai..

E : arggh, ketepikan itu semua.. aku tak pernah berbangga dengan apa yang aku ada, apa yg aku miliki.. aku hanya sekadar berkawan dengan mereka.. tapi aku rasa kelainan dengan kau..

P : jangan enggang, jangan!! aku ni pemalu sebenarnya.. aku ni kecil sangat berbanding engkau.. 

E : apa nak dimalukan!! sepatutnya engkau rasa beruntung kerana aku yang "popular di mata mu" ini ingin berkawan dengan kau.. aku ingin berjumpa dengan kau selalu

P : jangan enggang.. kalau kau ingin kawan dengan aku lagi, jangan jumpa aku.. kalau tidak, aku akan buang kau dari hidup aku.. Manusia pun halang kita.. 

E : halang? halang yang mcm mana tu? deme buat road block ker? eh silap, 'air' block ker?

P : laaa, mike ni sekolah ke idak.. kan org tua2 ada ckp, pipit sama pipit, enggang sama enggang.. pipit tak layak nak terbang sama enggang..

E : ooo yeker? aku dulu sekolah sekerat jalan jer.. hmm kalau mcm tu, kita tak yah terbang bersama, kita jalan jer bersama.. ok?

P : hampeh punya enggang x&?@*%x

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

tiba2 suara si mama yang entah dari mana muncul nye meleraikan lamunan sang anak yang khusyuk memerhatikan gelagat sang pipit dan enggang itu..

mama : anak mama ni buat apa.. jauh termenung..

anak : eh mama.. hmm tengah tengok burung merpati dengan burung serindit tu duk bersama.. entah apa lah yang deme borakkan tu..

mama : kat mana? mama tak nampak pun?

anak : tu atas pokok tu mama.. mama nampak tak?

mama : ooo atas pokok rambutan tu yer? ish anak mama, itu bukan merpati dan serindit, itu burung gagak dan tekukur ler..

pipit dan enggang yang terdengar perbualan si mama dan anak tu mendengus..
Lagi hampeh!!!

Wednesday, March 24, 2010

Payung vs Lilin

Orang tua2 kata 
Sediakan payung sebelum hujan

CP kata
Sediakan minyak / petrol secukupnya sebelum drive 
(rujuk entry Payung vs Petrol)

Sekarang CP tambah satu lagi
 Sediakan lilin besar / banyak / secukupnya sebelum blackout

Alkisah malam tadi, ada lah kawan teman ni.. (dan2 tukar loghat negeri kawan teman tu).. Teman malam2 mmg le on Faccebook (FB) teman..
Teman mmg menunggu kawan teman tu online FB sbb ada perhitungan yang belum selesai..

Lama teman tunggu, baru dia online.. rupanya rumah kawan teman  ni blackout.. Nasib baik ada lagi sikit bateri lappy dia, so dapat le online kejap jer..

Rumah teman blackout, tu yg lambat online.. Ni pun tinggal nyawa2 ikan je bateri lappy teman..

Tak pasang lilin ker?

Ada tapi pun sama nyawa2 ikan..

Laa dah tu, habis lilin?

Guna lampu hphone je lah..

Bateri hphone tu banyak lagi ker atau dah nyawa2 ikan gak?

Banyak lagi ni.. ala dah warning dah bateri lappy teman.. teman kena kuar

Ooo ok (S........ is no longer online. The following was not sent)..
Lerr tak sempat teman nak kata babai.. Nak kata malam Jumaat, belum lagi (sebab kawan teman ni kalau boleh tiap malam nak malam Jumaat) ngeh ngeh ngeh..

Err dialog kat atas ni dah diedit sedikit, tapi apa yang teman nak khabor kat sini, sediakan lah barang2 keperluan untuk waktu2 kecemasan.. walaupun jarang berlaku blackout, tapi kita mmg memerlukan sangat lilin n sewaktu dengannya pada waktu2 mcm tu..

pesan teman: sila pastikan minyak kereta di isi dan simpan ler lilin banyak2 kat rumah.. 

pada kawan teman tu, teman tahu dia gurau jer pasal lilin tu.. Banyak stok lilin kat rumah dia tu, ngeh ngeh ngeh.. siap leh buka kedai jual lilin lagi tu, tul tak Mr S @ D...

cuba tgk payung dgn lilin teman tu.. besarrrr punya, ngeh ngeh ngeh

Monday, March 22, 2010

O Oh Ketahuan!!!

O Oh kamu ketahuan
Pacaran lagi
Dengan dirinya
Teman baikku
O Oh kamu ketahuan
(lagu ketahuan oleh Matta band, sekadar selingan)

Selama mula berblog awal tahun lepas (masa tu kat rumah lama, Tempurung Kaca), mmg kawan2 kerja CP tak tahu CP ada blog..

Pernah diadakan bengkel membuat blog kepada lecturer2, dianjurkan oleh lecturer Pusat Infotec, tapi CP tak masuk bengkel sbb ada kerja lain yang nak diselesaikan..

CP mmg tak nak kawan2 opis tahu sbb malu, ngeh ngeh ngeh.. (logik ker alasan tu?)

Tapi, minggu lepas, blog CP dah ketahuan oleh salah seorang lecturer pusat CP gak.. bilik pun sebelah bilik CP jer.. CP nampak dia jadi follower CP, (follower no 95).. bila CP buka blog dia, alamak... jeng jeng jeng.. tertangkap kering ler pulak..

Adlin Linda, nama blog kawan CP ni.. juga merupakan org Johor, ngeh ngeh ngeh satu negeri dgn CP

sedutan blog beliau.. Sweet Mom (click untuk ke sana)

Bila CP jengah ke blog dia, ada pautan link dgn blog2 lecturer lain kat MKM ni.. alamak, habis lah CP pasni kalau yg lain pun tahu.. tapi bila tengok2 balik, semua dah 2,3 minggu malah ada 2,3 bulan tak update, so tahulah CP bahawa mereka bukan blogger tegar mcm CP.. Pheww selamat, ngeh ngeh ngeh.. So CP pun jadilah follower pertama dia..

Err pesanan penaja buat Linda, pasni rajin2 lah yer berblog.. nak tanya apa2, roger je aku kat sebelah ni, ngeh ngeh ngeh.. sedia membantu.. Tapi jgn bgtau org lain kat MKM ni, rahsia kita 2 jer, ngeh ngeh ngeh..

Sunday, March 21, 2010

Sesenja di Lavender


Salam pakcik.. kejap lagi sy bergerak, dalam pukul 6 lebih insyaAllah sampai..

Ok..Pakcik pun sampai rumah dalam jam tu gak..

Tepat jam 6 "Pakcik dah sampai rumah ni"

Ok, sy baru exit tol Senawang ni

Akhirnya, CP sampai gak ke rumah Pakcik Al-Lavendari @ Hamzah di Lavendar Heights..
Memandangkan CP agak familiar area tu, pakcik hanya bagi direction melalui hp..
Bertemu dengan keluarga pakcik..
Berborak2 pasal kerja, blog dan bloggers..

Boleh merujuk kepada entry YB, Pertemuan Di Puncak Bukit selaku blogger pertama yang jejakkan kaki ke rumah pakcik lavendar ni..

CP lak blogger kedua.. "kena buat buku pelawat ni" sempat pakcik lavendar berseloroh..

 bersantai di belakang rumah dengan hembusan angin yang nyaman sekali

p/s err YB, kalau tersedak2 dan terbatuk2 semalam tu, tau2 je lah yer, kami mengutuk bercerita pasal YB, ngeh ngeh ngeh..

Tuesday, March 16, 2010

Bertukar Tangan


Semalam, kira-kira jam 12.25 tghari, tepon CP berbunyi.. tertera nama yg CP kenali..

Err, ada kat PJ ni.. rehat kul baper?

Ikut jadual kul 1 tghari ler..

Kalau x ikut jadual?

Kul 12.30 ngeh ngeh ngeh..

Ok, jom lunch sama.. saya ambik kat opis..

Automatik teringat kepada 2 perkara / janji..

Pertama, kat entry ni, di rumah lama CP
CP janji siapa yg dtg opis CP, maka dia akan dapat selendang biru tu..



Kedua, kat entry 
CP janji nak bagi setem tu pada siapa yang mengumpul



Opps luper lak, ada satu lagi, kat entry
CP janji nak bagi cenderahati pada siapa yang roger2 CP..

sila ABAIKAN model lelaki yang tak berapa nak jadi model tu.. hanya PERHATIKAN pada apa di tangan kami, ngeh ngeh ngeh

Err tapi siapa si dia yang dapat semua tu?
Oooo pemilik Blackberry Bold 9700.. Yunus Badawi

sori, cilok gambar tak minta izin, ngeh ngeh ngeh..

Tuesday, February 16, 2010

Ye, Pakcik Al-Lavendari Betul..


Uiks, awat semacam je tajuk entry kali ni?
Kenapa dia betul?
 
Pakcik Lavendar berpesan 
>>> che'pit
awak baik ikut sbb hiway PLUS mesti jem punya. 
lagi pun dari Mantin ke Seremban free !

Oo rupanya bercakap pasal L.E.K.A.S
Lebuhraya Kajang Seremban
Jadi semalam CP pun ikut ler L.E.K.A.S seperti mana saranan
Pakcik Lavendar

 
 memula ikut PLUS dari Alor Gajah / Tampin
Exit kat Senawang
Hmm banyak gak kereta kat PLUS semalam
Tapi x terserempak lak dgn Cgu Sonata
sbb khabarnya lalu PLUS gak semalam

 
 Pastu masuk LEKAS dari Seremban
sampai ler ke Balakong..
 Tadaaaa...
Lengang jer..
Boleh drive laju2, ngeh ngeh ngeh..

Friday, February 12, 2010

Tersampuk Penunggu Tanah Tinggi

Pertama sekali nak betulkan tajuk.. 
Bukan tersampuk, bukan terjumpa, tapi mmg mencari penunggu..
Penunggu Tanah Tinggi Cameron


Baca komen entry ngeh...ngeh...ngehhhh buat CP senyum sesorang..
nak reply komen kat rumah org, x pasal2 lak kena bayar sewa tapak..

Tanpa Nama mengomen
>>> mcm kembar je tu... hehe

Sonata Anak Kancil mengomen
>>> Che Pit ngan OneZ ada iras2 kembar gitu ....betul tak OneZ? Betul tak Che Pit?

Ngeh ngeh ngeh, mmg buat CP gelak sensorg.. Cuba tgk gambar2 kat bawah ni? 
Ada rupa kembar Vietnam ke kami ni?

kat opis Che ONE

Sampai je opis Che ONE, di bawa masuk melihat2 opis..
Ada 2 bilik yang ada nama tuan milik..
Dua2 nama CP tgk ada kemungkinan nama betul Che ONE..
Nak tanya malas, sbb nak buat pandai..
(jeling2 nama kat jaket Che ONE pakai.. oo tu nama betul penunggu gunung ni)


Gi bekpes, agaknya akibat penat nunggu CP sampai dari pagi,
"Roti kosong DUA (2), banjir"
Rupanya tu rahsia Che ONE mengekalkan kepanasan suhu badan kat atas nun..

Pas makan, Che ONE bawa ronda2 MARDI.. 
CP sempat jadi model di celah2 pokok buah n sayur..

kembar vietnam? hmm tang perut je kot, ngeh ngeh ngeh..

model sayur salad.. tadaaa!!!

seiring sejalan.. kiri kanan, kiri kanan.. kanan, kanan lagi

OK, masa dah time.. 
Sempat beri cenderahati kpd Che ONE..
(err sape nak cenderahati mcm tu, roger2 CP.. sementara stok masih ada)


Tuesday, January 19, 2010

Muffin dari Kuantan

Semalam mmg busy sgt kat opis..
Tak sempat nak ber sms, ber fesbuk, ber blog..
Balik kerja lambat.. kul 6.30 ptg baru punch out..

Sampai rumah, tengok ada bungkusan kotak atas meja makan..
hmm apa tu erk?
hmm nak kata besday CP, dah lepas dah 17 hari yg lepas..


apa tu? siap Specially For You tu, ngeh ngeh ngeh..


bila buka.. waaa muffin daripada Mama Zainab..
jauh tu dari Kuantan..
Che' Lie kata Mama Zainab kirim utk CP..


hmm nak jemput makan, x leh dah sbb dah habis dah masuk perut CP, ngeh ngeh ngeh.. sedap..

Hmm terharunya mama ingat kat CP..
mcm tahu2 je CP suka makan muffin..
Terima kasih mama.. nanti ada rezeki CP ke Kuantan, CP ke rumah mama..
leh rasa  masakan mama, especially dessert yg selalu buat CP telan air liur, ngeh ngeh ngeh..


Monday, January 4, 2010

Entry untuk CL - Happy Birthday

Hmm masuk je PDKM, banyak sungguh entry khas untuk CL sempena birthday CL (3 Januari.. besday CP semalam nya, 2 Januari).. Blog Che Rezeki, Cikgu Mas, Ayah Zain.. Siap dengan gambar2 kenangan CL, ngeh ngeh ngeh..

So CP pun terpanggil ler nak buat entry khas untuk CL.. tapi lebih kepada gambar2 je lah, malas nak tulis..

Jadi kepada geng2 blog PDKM, saksikanlah gambar2 lama CL, ngeh ngeh ngeh..


Jun 2007.. ngeh ngeh ngeh nampak muda lagi n gemuk berisi.. Kami baru balik PD masa ni


Oktober 2007.. jalan2 kat Kuching.. Sape lagi besar? CP ke CL? ngeh ngeh ngeh..



Oktober 2007.. Tengok Teater P Ramlee The Musical.. 1st day, 1st season kami g tengok.. semangat giler..


Disember 2007.. Tembam kan CL nak banding sekarang..


1 Syawal 2007.. Pagi kat rumah akak CL


1 Syawal 2007.. petang kat kg.. dgn mak ayah CP.. (kurus sikit CP waktu ni)

3 Januari 2008.. dinner kat Times Square.. Masa tu dari Opis CP, jalan kaki 15 minit nak ke Opis CL


2 Januari 2009.. 3 birthday boy.. January baby.. Share kek


3 Januari 2009.. hmm anak sape tu CL pegang? ngeh ngeh ngeh..