Masa CP sikat rambut yang tak berapa nak ada pagi tadi,
tetiba CP teringat kisah masa CP darjah 3..
Masa tu kelas Bahasa Inggeris dgn Cik Hayati
Belajar mengeja perkataan dalam Bahasa Inggeris
Cikgu mengeja,
C.O.M.B comb
Kami ikut
C.O.M.B comb, tetapi ada satu suara yang bunyinya lain..
C.O.M.B combat..
Cikgu Hayati dengar.. semua orang dalam kelas dengar..
Tapi siapa yang bercakap?
Cikgu Hayati marah..
"Siapa yang cakap combat tadi?"
Semua murid senyap, diam.. merenung lantai..
kelas yang tadinya ceria, bertukar suram..
kelas yang tadinya bising, bertukar sunyi..
"Zaidi, awak ke yang cakap combat tadi?"
"Eh tak cikgu, bukan saya.."
"Hmm Nazim, awak ker? Saya dengar macam suara awak tadi.."
"Ha,ah cikgu, saya pun dengar suara dia cikgu" sampuk Nadeela
"Eh xdelah cikgu, bukan saya.. saya tak buat pun"
Nazim mempertahankan diri
"Dah, awak jangan tak mengaku.. saya ajar betul2, awak main2 yer"
sambil jari jemari Cikgu Hayati mencubit badan Nazim..
"Aduh cikgu, sakitlah.. bukan saya"
Nazim mengeluh kesakitan..
hampir menitik air mata nya..
p/s sebenarnya baru semalam emak CP call bgtau yang Nazim akan melangsungkan perkahwinan 2 hb 5 ni.. Tahniah lah yer.. Err itu maknanya, dalam batch CP, tinggal lagi 2 je jejaka yg masih bujang, huwaaaaaa... Tengok, nama sikat kat atas tu pun nak perli CP lah tu.. SoloComb.. Hampeh..
Nazim, walaupun ko x baca blog aku, dan walaupun ko x pernah tahu aku ada blog, kat sini aku nak bagitau satu rahsia yang aku simpan sejak kita darjah 3 lagi.. sebenarnya, aku lah yang sebut combat tu, tapi ko yang kena denda.. kesian ko.. I'm sorry..
haha...akhirnye..aok kena mintak maap kat kawan aok ngan cekgu & berterima kasih kat kawan aok yg pompuan tu...huhuhu
ReplyDeletedah agak daaa...
ReplyDeletesape budak nakal tu.
Selamat penganti baru kat nazim.
CP ????
mama dah agak dah CP yang sebutkan combat tu....ish ish ish, kesian kat si nazim tuh! selamat berbahagia nazim.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteLucu sangat...kesian kat kawan tu.
teruk betullah ko CP..kesian nazim yg jadi mangsa.
ReplyDeletesy doakan CP bertemu jodohnye..
ReplyDeletekom apa kombat! bat apa batman!
ReplyDelete( menyambung komen si Tedi ) ..Men apa Mentol..Tol apa Tolak..Lak apa Lakse.. Se apa Sepak..
ReplyDeletehahaha.... kesian si nazim, ko kene mintak maap sebelum dia kawen pijal...
ReplyDeleteeee...terukanya awak !
ReplyDeleteKalau dia tahu rahsia nie, sure dia meroyan atas pelamin !
wakakakaka
salam..
ReplyDeleteni pengakuan terbuka ni!!
kesian kawan aok tu CP
jahat aok ni..he he he
la la..
banyak kenangan maneh walaupun hampeh tapi ia satu nostalgia yg sukar dilupakan...ada lg ka?..mai cita lg..
ReplyDeleteIDEAlogyc
ReplyDeleteerr cekgu tu x tau mana hilang..
yg pompuan tu x tau duk n keje mana skrg..
si nazim tu? hmm gerenti dia dah lupa benda ni
ikan emas
ReplyDeleteerr siapa budak nakal tu? CP kenal ker?
biase le dlm kelas ni, mesti ada kalau yg perangai gitu...buat periuh
ReplyDeletemama zainab
ReplyDeletekesian dia kan, jadi mangsa, hehe
mama ju
ReplyDeletesambil sikat rambut pagi tadi, duk gelak sorg2 hehe
kak zue
ReplyDeleteala citer zaman budak2, haha
Anonymous
ReplyDeleteterima kasih atas doa anda
si tEDI n Che Relevan
ReplyDeleteSepak.. Pak apa.. Pak Wan.. Wan apa.. Wan Tu Tri For Fai Six Seven Aid Nai Ten..
afeezz
ReplyDeletehahaha.. x sempat kot
sis Linda
ReplyDeletepatut kah CP bocorkan rahsia ni masa dia bersanding ahad ni?
che zul
ReplyDeletetak jahat, notti jer, ngeh ngeh ngeh
pakcikLie
ReplyDeleteakan diimbau dari semasa ke semasa k..
cgu jang
ReplyDeletetapi CP pendiam dan pemalu masa dlam kelas dulu.. sampai la ni pun hehe
aku terakhir hehe
ReplyDeleteoh gitu toh walah walah
salam CP..
ReplyDeletesebagai nk minta maaf kt Nazim tu , CP kena balik raikan perkahwinan dia tu .. he he he tp Nazim jemput CP x?
salam cp
ReplyDeletepak itam tak pernah sikat rambut psl rambut sentiasa pendek hehehe
tak boleh nak sikat
CP kena citer balik kat cikgu tu masa antar kat ucap selamat hari guru nanti..
ReplyDeleteooo pendiam eh...tapi....naughty!! x mengaku silap!! (kategori 'segan' ke tue..) huhuhu...
ReplyDeleteSalam zairah bace N3....
ReplyDeletewahh..nakalnya CP...mintak maaf la..masa dia kawin nanti..kot2 nanti CP dapat aura kawin gak..hhehe
ReplyDeleteSalam CP,
ReplyDeleteHahaha... kesian kawan hang tu...
Salam CP,
ReplyDeleteKo bukan kena minta maaf ngan nazim jer ngan cikgu ko sekali... kesian gak kat cikgu hang, menghukup org yang tak berdosa...