Pengikut Kesayangan

Monday, June 7, 2010

23 Fakta - Tag dari Sifu Ozzy

Petang Jumaat yang lepas, ketika CP berehat berkerja kat opis, tetiba Sifu Ozzy menyapa kat FB, menyampaikan pesanan.. "Ada tag untuk awak kat blog, sila jawab".. err lebih kurang macam tu lah maksud ayat Sifu Ozzy tu.. So CP pun jawab, insyaAllah..

sedutan dari blog Sifu Ozzy mengenai blogger yang hendak di Tag:

2) En.Hafizal atau Che' Pit - Sebab dah lama tak dengar berita kawan kita ni..Biasa dia ada di FB.



Ni arahan untuk Tag tersebut..

(a) Copy gambo kat atas tu - ok dah kopi siap kuih karipap lagi

(b) Tulis 23 fakta rawak wak wak ( rendom dem dom ) tentang diri awak (tak kisah lerr bende tuu fakta kerr angan angan kerr cita cita kerr imaginasi ker or wat so ever la... ) 

1. Nama yang mak ayah bagi ialah Hafizal bin Abu Bakar

2.Che' Pit tu sebab masa kecik2, CP dipanggil dengan nama Apit oleh sepupu2 dan sedara mara.. Tapi Che' Pit memang xde kaitan dengan Rabuan Pit, tapi ada lah sikit2 gaya Brad Pit.. 

3. Anak jati Johor tapi bukan Banjar atau Jawa.. Megis = Melayu + Bugis..

4. Pemalu kecuali dgn mereka-mereka yg mmg dah kenal (sila percaya yer)

5. Anak ke 4 dari 5 adik beradik

6. Lepas belajar nak jadi Penguasa Kastam tapi sampai sekarang xde rezeki huhu

7. Pendiam kat sekolah.. Tahun ke 2 kat U, baru start aktif..

8. Masa tahun 2000, baru habis discussion kat U, kena langgar dengan lori 1 tan.. Masa tu tengah bawa motor dengan tangan sebelah kanan sebab tangan kiri tengah makan roti haha..

9. Seorang agak cerewet gak sebenarnya.. dalam pilih memilih.. Contoh nak pilih pakaian nak beli..

10. Masa kecil2 memang keluarga kami susah.. dapat beli baju 2 pasang dengan seluar sekali setahun jer, masa nak raya.. Masa tu mesti mak bising sebab mesti nak beli baju kaler biru jer.. dah besar2 ni baru lah ada variety sikit dalam kaler baju CP..

11. Motor pertama CP beli ialah Modenas Kriss 110 - second hand jer.. pastu tukar kepada Yamaha Lagenda 110.. err tapi sekarang motor Lagenda CP tu dah jadi lagenda n sejarah jer sbb ayah CP dah jual dan beli motor lain untuk kegunaan ayah..

12. Kereta pertama CP beli ialah Perodua Kenari - pun second hand jer.. pastu tukar kepada JaLaQ sekarang ni..

13. Handphone pertama CP beli tahun 1999, model Ericsson, guna line Digi.. sbb masa tu hanya Digi yang terkenal dengan Prepaid.. Celcom dan Maxis masa tu mahal giler..

15. Dari zaman sekolah sampai lah kat U, jam paling mahal CP pernah pakai harga RM50.. Bila dah kerja, teringin nak merasa pakai jam mahal sikit.. Belilah jam Casio Edifice tu harga RM250.. masih elok sampai sekarang, cuma dah jarang guna jer, huhu..

16. Nak mencari pasangan hidup seperti Wardina atau Nasha Aziz, ngeh ngeh ngeh.. Macam Amy Mastura atau Sofea Jane pun, ok gak tu..

17. Fakta ke 17, CP sengaja tak letak fakta ke 14.. nak tengok ada tak yang sedar atau semua tak sedar yg CP dah skip Fakta 14 tu..

18. Tiap2 pagi dalam kereta nak ke tempat kerja, CP akan dengar slot Fakta atau Auta di radio Hot FM..

19. CP tak suka keluar berseorangan.. mesti nak berteman.. kecuali kalau dah terpaksa sangat2..

20. Fakta ke 20, lagi 8 hari ulang tahun JaLaQ.. so CP kena belikan hadiah mahal RM1k ++ (road tax dan insurans) aduhh makin gugur lah rambut CP ni huhu..

21. CP suka guna nombor 21.. contoh email CP ada nombor 21.. sbb 21 tu mewakilkan tarikh lahir CP iaitu pada 2 haribulan 1 = 21..

22.Sedang melayan lagu2 kak Melah (Ramlah Ram) ketika sedang menyiapkan Tag ini.. ~ Diam-diam berpandangan, mata bertentang mata.. malu-malu aku malu, kau buat begitu.. ~

23. Bermula minggu ni, CP ada kelas 7 minggu berderet non-stop dari - kelas dalam - Kota Tinggi - Johor Bharu - Bentong - kelas dalam - Batu Pahat..

Ok cukup dah 23 fakta.. Seterusnya, 2 orang yang CP nak TAG adalah tak lain dan tak bukan, abg dan kakak CP iaitu

1. Sis Linda semuanya manissss
2. Bro Dun Behrang namamu no 2 lak.. bagi laluan..

14 comments:

  1. Salam Pijal,

    Ngeh3x tak cukup laa 23 Fakta..

    ReplyDelete
  2. org Johor memang semuanya pemalu..mcm Amy Search huhuhuhuh

    ReplyDelete
  3. Salam Fizal,
    Terima kasih sebab luangkan masa menjawab..ciri2 gadis pilihan tak beritahu ke?..hehe

    ReplyDelete
  4. Salam anakanda

    Bagus juga ada fakta diri tu dapat le sikit2 rahsia hati anakanda...!

    ReplyDelete
  5. salam ziarah
    di pagi Isnin
    moga kita semua
    selalu sihat dan ceria
    جزاك اللهُ خيراً‎
    Yang macam Wardina tu
    koi pun impikan..last
    dapat macam sekarang
    pun koi bersyukur jer..
    he he

    ReplyDelete
  6. rajinnyerr wat TAG ghiteww.. uhuhu

    ReplyDelete
  7. Yes ! yess ! Nama saya paling TOP !

    well, u noe me yang gila kuasa kannns..

    Peminat Kak Melah . ekeke

    anyway .. tq atas TAG ini .

    ReplyDelete
  8. no 9 dan 16 memang sungguh kuat kaitannya..hehe ;)

    ReplyDelete
  9. macam tak de je no. 14 ? ke mawar yang tak perasan ? ..hak...hak .. ;)

    ReplyDelete
  10. Sesekali ckLah tertaip nama mu sebagai 'Chepit'...jangan marah ya. Aksara pada kekunci gejet ckLah ni kevcik sangat.

    ReplyDelete
  11. uwaaaaaaaaaaaa...nape aku lagi....tak leh tengok orang nak bersenang2 time cuti sekolah ni...

    ReplyDelete
  12. ade dua fakta kita yg sama tau CP..
    heheh...anak ke-4 dr 5 bradik n melayu + bugis... tp sya campur cina gak ..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih bebanyak ler sudi mencoret kat blog CP yang tak seberapa ni.. Ada masa coret lagi yer, ngeh ngeh ngeh..