Pengikut Kesayangan

Sunday, July 11, 2010

Keikhlasan

Hmm lama benar rasanya tak menjenguk ke Blog sendiri.. Begitu juga dengan Blog kawan2 tersayang.. Maaf atas kekurangan diri ini..

Terpanggil untuk meluahkan sesuatu, mengenai keikhlasan.. Ikhlas adalah sesuatu yang bersifat subjektif, di mana sukar untuk kita menilai sejauh mana keikhlasan seseorang itu,, tak kiralah dari segi ikhlas berkawan atau ikhlas menghulurkan bantuan atau apa saja yang boleh dikaitkan dengan unsur dan sikap ikhlas itu..



"Takper, hari ini hari kamu, mana tahu esok lusa hari saya pulak" 
rasanya kita sering mendengar ayat sebegini, tetapi kalau dihalusi dan diteliti, adakah wujud keikhlasan di situ?

Dari perspektif berkawan, mcm mana kita nak kata kita ikhlas? apa yang buatkan kita ikhlas dalam berkawan?

Kala kawan xde duit, kita bagi dia pinjam duit
Kala kawan sedih, kita dgr keluhan dia
Kala kawan susah, kita tolong dia, support dia..

Adakah dengan melakukan perkara sebegini dah cukup menunjukkan keikhlasan kita?

Kala kita xde duit, adakah kawan yg xde duit tadi akan bagi kita pinjam duit?
Kala kita bersedih, adakah kawan yang bersedih tadi akan pinjamkan telinga dia untuk dengar keluhan?
Kala kita susah, adakah kawan yang susah tadi akan tolong kita, bantu kita?

Ikhlas memang suatu perkara yang sukar untuk kita suratkan, yg sukar untuk kita jelmakan, yang sukar untuk kita tunjukkan.. Kita ikhlas dengan orang, tak tentu lagi orang akan ikhlas dengan kita.. Sejauh mana keihlasan tu, hanya diri sendiri yg tahu..

Salam ingatan Tulus IKHLAS dari CP buat semua





20 comments:

  1. Assalamualaikum CP

    Insyaallah
    setiap keikhlasan akan berbuah kejayaan

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. salam CP,

    ikhlas bagi aku, bila kita buat sesuatu perkara jgn asyik nak sebut dan ungkit! :)

    ReplyDelete
  3. salam abg afis
    keikhlasan tu begitu halus maknanya

    kadang2 org menyalahkan erti keikhlasan kita..

    ReplyDelete
  4. yang penting kita perlu ikhlas dalam apa jua kita lakukan..

    ReplyDelete
  5. Salam bertandang lagi..
    moga sihat selalu di hari
    minggu yang damai..
    goner lama tak nampok weh?
    selamat kembali...

    ReplyDelete
  6. salam pijal, long time ni see : pijal, bg aku keikhlasan tu terletak pada diri kite sendiri. diri sendiri yg bole menentukan sama ada kite ikhlas membantu atau tidak. klu kite mengharapkan balasan, bermakna kite sendiri tahu yg kite tak ikhlas

    ReplyDelete
  7. Ikhlas itu dituntut dlm setiap amalan baik percakapan mahupun perbuatan...
    mmg susah nk nampak keikhlasan tu..kdg2 bicara x seiring dgn hati..

    ReplyDelete
  8. "Terpanggil untuk meluahkan sesuatu...."


    ...siapa panggil?




    (soalan merajuk dan jauh hati)




    He..he..he..gurau ya pijal!

    ReplyDelete
  9. Salam Pijal,

    Ikhlas itu rahsia Allah..

    ReplyDelete
  10. tangan kiri tak nampak ape yg tangan kanan hulur...

    ReplyDelete
  11. Salam Dik Pijal...

    ikhlas yg benar...:)

    ReplyDelete
  12. Pjal....keikhlasan terbit dr hati, oleh itu hati jualah yg memahami keikhlasan sahabat taulan kita. Peliklah Pjal ni, sy baru je bermonolog di pejabat mengenai isu ikhlas ni....mcm ada telepati pulak....hehehe.

    ReplyDelete
  13. Linda kata ikhlas tapi jauh
    saya ikhlas tapi dekat.

    Semut hitam tu di atas telur(?) yg putih di siang yg terang. Mcm tak ikhlas je hehehe

    ReplyDelete
  14. tak pe, Tuhan tahukan?

    huhuhu...
    yg penting sentiasa khusnul Zhan (bersangka baik)

    selebihnya serah pada Tuhan..

    ReplyDelete
  15. salam CP...

    selalu jumpa di sampul2 hadiah : "ikhlas daripada...." kalu dh ikhlas ,mana boleh tulis , biar kita dgn Allah jer yg tahu , he he he

    ReplyDelete
  16. salam pijal,

    ikhlas ke tidak kita hanya allah saja yg tahu..tapi ia tertera di wajah seseorang tu..tak kira la dalam apa jua perlakuan..pihak sebelah akan sedikit sebanyak boleh merasai keikhlasan diri kawan nya..

    tak baik tau berkawan tak ikhlas jgn jadi hipokrit..allah maha mengetahui setiap perbuatan makhloknya..

    mohon persahabatan kita dipdkm semuanya ikhlas yer..

    ReplyDelete
  17. salam,

    ikhlas itu bermula dengan memurnikan niat semata mata kerana Allah dan jauh dari rasa menunjuk nunjuk dan riyak.

    ReplyDelete
  18. salam..

    Keikhlasan itu terletak pada hati..dan ianya tersembunyi.



    new entry "RAJINNYA DIA"

    ReplyDelete
  19. memang susah kalau belajar ikhlas itu...aku sangat suka sekali dengan info ini terimakasih... tau ga kawan Khasiat Jelly Gamat Gold G untuk Obat Rematik, Obat Asam Urat,Obat Gagal Ginjal Solusi pengobatan herbal terbaik.

    Info Cara Mendapatkan obat jelly Gamat Gold G silahkan klik ->> Cara Pemesanan Jelly Gamat Gold G

    ReplyDelete

Terima kasih bebanyak ler sudi mencoret kat blog CP yang tak seberapa ni.. Ada masa coret lagi yer, ngeh ngeh ngeh..