Pengikut Kesayangan

Friday, April 16, 2010

Kercang


Ahad 2 minggu yang lepas, CP ada terbaca dalam suratkhabar Berita Harian pasal kercang ni..
Tertarik untuk baca sbb CP ada satu kercang ni, letak kat opis..
Mmg tahu benda tu untuk IQ game tapi x tau lak nama dia, apatah lagi sejarah dan asal usul nya..

inilah rupa kercang yang CP ada.. Lupa dapat dari mana tapi dah lama dah.. kalau ikut dari artikel tu, CP nye ni nama Kercang 3 steps..

Ada beberapa jenis kercang tapi yang menarik perhatian CP ialah 2 jenis kercang ni:

1. Kercang 3 Steps 
Berasaskan kepercayaan tradisional yang diilhamkan ketika mereka sesat di hutan. Kercang 3 Steps sebenarnya menceritakan bagaimana Orang Asli ‘mempermainkan’ penunggu hutan yang mengganggu mereka, menutup laluan hingga tersesat. Suatu ketika dulu, seorang lelaki tua tersesat dan selepas tiga kali berpusing di tempat sama, dia yakin diganggu penunggu hutan.

Lelaki itu memotong tiga rotan yang diikat ketat dan memasukkan tali ke dalamnya lalu mencampakkan ke dalam hutan. Penunggu hutan itu tertarik dengan Kercang itu lalu cuba mengeluarkan tali daripada rotan.

Akhirnya, disebabkan terlalu asyik cuba mengeluarkan tali, penunggu terlupa tugas asalnya ialah menyesatkan lelaki tua berkenan dan ketika itulah baru jelas kelihatan denai hutan menuju ke kampung. Lelaki itu keluar dari hutan dengan selamat.. 

2. Kercang Kahwin
Membabitkan dua jejaka berebut seorang dara yang akhirnya diselesaikan melalui pertandingan menyelesaikan teka teki kercang.

Bapa si gadis memanggil kedua-dua pemuda yang berebut cinta anaknya dan meletakkan syarat. Jika sesiapa yang berjaya mengalihkan kedudukan dua gelung buluh kecil ke dalam satu tali pada lubang yang sama, dia layak mengahwini anaknya.

Selepas lama mencuba, seorang daripadanya berjaya dan diterima sebagai menantu manakala yang kalah menerima dengan hati terbuka, sebab itulah ia dinamakan Kercang Kahwin..


Awang mengajar anaknya, Mizan mengikat tali Kercang 7 Steps

Ooo mcm tu rupanya.. Selama ni CP x tahu pun.. rupanya ada cerita tersirat di sebalik Kercang yg selama ni CP tak tahu pun apa namanya..


p/s sampai la ni CP tak berjaya kuarkan tali tu.. (jgn bgtau org lain yer, malu huhu)

48 comments:

  1. salam
    dear cp

    ambik tempat dulu lepas nie baru komen.. hehhehe

    ReplyDelete
  2. salam azie

    hik hik x yah amik tempat pun.. x ramai pun, lain lah kalau PDKM .. org berebut2.. hihi

    ReplyDelete
  3. SALAM

    DEAR CP

    SAPE CAKAP BLOG ABG TAK RAMAI.. RAMIA PEMINAT BLOG ABG.. HEHEHEEH

    KERCANG KAWEN.. BILA NAK HURAI TU.. HEHEHEHE

    ReplyDelete
  4. Salam Pijal,

    Mana nak dpt benda ni,
    Nak jugak try..
    Sy benda2 menguji minda nie memang berminat hihi..
    Nak..nak..

    ReplyDelete
  5. slm CP,
    menarik info ni. t kasih

    ReplyDelete
  6. kercang tue amende? klu kacang leh gak dikunyah kan..jgn kacang lupakan kulit udah la ye ngeh..ngeh..ngeh..

    ReplyDelete
  7. azie

    kalau dah hurai kercang kahwin tu, kena tukar nama lak kot.. kercang pelamin ker, hahahahaha

    ReplyDelete
  8. salam syima

    nanti kalau ada, CP reservekan utk syima k.. insyaAllah

    ReplyDelete
  9. salam che piewahid

    kasih diterima ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  10. sahrom

    kercang tu benda tu lah.. yg diterangkan dlm entry ni tu..

    ReplyDelete
  11. tak boleh CP kawen selagi tak dapat keluarkan tali tu...

    hai, melepas la sudahhhh!!!

    ReplyDelete
  12. che ONE

    err jgn risau, bila terhurai jer tali tu, bermakna akan terkuburlah zaman bujang CP ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  13. orghang yg buat kercang lg teror dr orghang yg nk selesaikan...peh! IQ mantop tuh...p'cik masa p khsuih dulu adala try ...fail..aduuhhai !

    ReplyDelete
  14. pokcik lie

    betul tu.. yg buat tu lagi pandai n bijak.. mcmne dia leh terpk nak buat benda ni, huhu

    ReplyDelete
  15. salam anakanda

    wah! Terimakasih kerana info ni...setua ni mama tak pernah tau pun..

    Susah jugak nak keluarkan benda tu baru boleh kawin!Jangan lah siksa kawan!

    Berebut juga tempat kat sini macam terasa macam kat PDKM pulak!

    Anakanda tu macam jadi rebutan je...

    ReplyDelete
  16. mama ju

    hihihi ala tu mungkin hanya penambah cerita je kot.. biasalah, citer2 org zaman dulu, byk benda yg kdg2 x masuk akal.. tapi tak tahu lah kan..

    ReplyDelete
  17. Che Miecyber

    haah, kercang nama nya
    bukan kacang yer..

    ReplyDelete
  18. selalu juga maza berjaya mengeluarkan tali itew... heheh

    mudah aje,
    gunakan gunting memotong tali tersebut... kemudian tali tadi diikat semula...

    maka keluarlah sudah tali dari kercang itew...hehehhehe

    salam jumaat CP, jangan marah aaaa...

    ReplyDelete
  19. Salam CP..

    Bole ker kercap versi..anak dara pilih jodoh..tu diguna pakai sekarng hehehhe....adat budaya bangsa...hehheh direka2 dengan bijaksana..keupayaan mereka...

    ReplyDelete
  20. Yang pasti saya x penah jumpa bender ini..nama pun x penah dengar hebat bender ni.

    ReplyDelete
  21. bro maza

    err lupa nak bgtau syarat2 nya..
    no gunting2, no pisau2..

    hi hi hi

    ReplyDelete
  22. kak shami

    err yg lagu tu kena tanya org asli yg buat tu.. mana tahu kalau2 dia boleh buatkan 1 utk kak shami.. err tapi mcm x sesuai lak kalau buatkan utk akak kan, ngeh ngeh ngeh.. marah ustad helmi kat CP nanti

    ReplyDelete
  23. che yassin

    CP dah jumpa, nama je baru ketahuan, hahaha

    ReplyDelete
  24. salam Alimaz

    sama lah.. benda ada, nama pulak x tahu.. la ni baru tahu

    ReplyDelete
  25. salam,

    mana nak dapat menda nie?
    bagus juga aku coba....

    ReplyDelete
  26. jangan main benda tu sambil memandu !

    ReplyDelete
  27. cgu humairi

    nanti kalau ada info, CP bgtau k..

    ReplyDelete
  28. pakcik lavendar

    bukan dlm kereta, dllm opis or kat rumah pun CP tak main.. letak je dalam bekas stationary hehe

    ReplyDelete
  29. pernah tengok tapi tak pernah main.

    ReplyDelete
  30. che endiem

    apa kata cuba try main pasni.. hehe

    ReplyDelete
  31. potong je lah CP...
    mesti boleh keluar talinya tuh..

    ReplyDelete
  32. salam che pit : owh.. kercang rupenye nama menantang ni, penah gak try... tipu jer, sebenarnya tali tu mmg tak bole keluar ... hahaha

    ReplyDelete
  33. tak pernah jumpa lagi kercang ni..baru lah tau.

    ReplyDelete
  34. saya ada kercang ni..masih disimpan hadiah dari satu keluarga angkat orang asli...bijak mereka dpt cipta alat permainan ni.

    ReplyDelete
  35. tali tu mmg boleh dikeluarkan...kenalah bijaksana

    ReplyDelete
  36. che LB

    kalau potong, bukan setakat takleh kahwin, dgn "anu" tu kena potong sekali huhu

    ReplyDelete
  37. afeezz

    hmm boleh lah.. mmg boleh keluar.. x caya? buat lah sampai kelaur haha

    ReplyDelete
  38. sis CekWa

    ni buatan org asli.. susah sikit rasanya nak jumpa jual kat kedai2 kraf

    ReplyDelete
  39. che Anuar

    haah, tali tu boleh dikeluarkan..
    mmg bijak org asli tu buat kercang ni kan

    ReplyDelete
  40. salam CP
    koi pun 1st time dengor
    pasal mende ni..mcm2 yek?

    ReplyDelete
  41. salam...
    btl2 menguji minda kerchang tu yer...

    ReplyDelete
  42. Mama datang lagi.

    Meriah nampaknya kat sini. Lucu baca jawapan2 CP.Pandai buat lawak!

    ReplyDelete
  43. salam che zulkbo

    hmm nasib baik CP ni prihatin kan.. dapat ler org lain tahu kan kan kan

    ReplyDelete
  44. Cik Shinju

    dinasihatkan kpd mereka yg punyai darah tinggi agar tidak mencuba.. kerana dikhuatiri akan naik angin beserta darah sekali hehe

    ReplyDelete
  45. mama ju

    ish ish ish mana de pandai buat lawak.. kan anakanda kat luar serius n pendiam jer.. kan byk kali kita jumpa dah kan huhu

    ReplyDelete
  46. wahh..x pernah tgk pun kerchang sebelum ini..

    ReplyDelete

Terima kasih bebanyak ler sudi mencoret kat blog CP yang tak seberapa ni.. Ada masa coret lagi yer, ngeh ngeh ngeh..