Pengikut Kesayangan

Friday, May 7, 2010

Filter Rokok Dari Darah Babi

Hmm satu pendedahan yang mengejutkan..
Namun, mengikut Simon Chapman, Professor di University of Sydney, darah babi mungkin menjadi salah satu bahan campuran untuk membuat penapis rokok untuk memerangkap bahan kimia berbahaya daripada memasuki paru-paru si perokok..



MasyaAllah, cuba bayangkan, kalau betul lah teori professor ni, berapa ramai Orang Melayu dan Islam yang menghisap rokok.. Daripada darah babi.. 

Walaupun syarikat pengeluar rokok telah menyenaraikan kandungan produk mereka di laman web, mereka turut menyatakan bahan proses yang tidak dinamakan dan tidak wujud secara jelas. 
Oleh hal yang demikian, membolehkan syarikat pembuat rokok menyembunyikan bahan kimia sebenar atau bahan campuran lain yang digunakan untuk menghasilkan rokok..

Dan dalam salah satu sesi pembentangan kertas kerja dalam Seminar Meneroka Potensi Halal yang CP sedang hadiri ini, memang dinyatakan dalam struktur anggota badan babi, hampir kesemua nya boleh dan  memang digunakan dalam pembuatan  bahan2 samaada makanan atau produk2 lain..

Hmm jadi kepada perokok2 tegar di luar sana, fikir-fikir kan lah..
Ternyata merokok lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan..

16 comments:

  1. Ini dia baru betul sebenar bagi yang suka merokok..merokok lah lagi..nanti pula siap bulu babi dibuat tembakau..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, harap2 perokok tegar tu ambillah iktibar dari berita ini, merokok bukan saja membahayakan kesihatan, malah membazir duit,

    Banyak lagi benda yang boleh dibuat dengan duit yang dibazirkan untuk rokok tu, simpan dalam tabung haji lebih baik...

    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah,

    tapi kalau perokok tegar derang boleh berhenti ke?

    ReplyDelete
  4. jangan kata ade darah babi, Majlis Fatwa Kebangsaan dah kata rokok tu haram, still masih ramai yg menghisapnye..

    ReplyDelete
  5. merokok!

    kalau isap keropok, boleh aje kan kawan-kawan?

    heheheheh

    ReplyDelete
  6. CP ..nak isap apa plak lepas ni? hehhehe

    ReplyDelete
  7. salam..
    woittttt...
    brand apa la gamoknya

    ReplyDelete
  8. selagi takde penguatkuasaan, takde tindakan..org merokok dlm hospital, siap dihembus2 asap lagi huhuhuhuh

    ReplyDelete
  9. citer pasal rokok ni mmg x akan habis.
    contoh trdekat suami zue...klu batuk dan demam pandai pulak x merokok. dah baik brpotong2 rokok yg disedupnya.
    gambo2 yg mengerikan kat kotak rokok tu tak ada maknanya.

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Hah, amik ko kaki rokok. Bila fatwa kata haram, ko beri mcm2 jwpn nak menghalalkannya. Skrg mmg dah terang2 ada benda haram.

    ReplyDelete
  11. Cakaplah apa pun nak buat macam mana kawan nie dah perokok tegar cuma kalau sudah dipastikan butul mana bahagian yang haram tu mungkin kawan akan mencari altenetif yang lain hehehe.....

    ReplyDelete
  12. salam,

    isap rokok laen...masa aku kecik dulu ada gula-gula bentuk rokok... x pun boleh buat rokok sendiri yang lebih berkhasiat?

    ReplyDelete
  13. kalau dah ketagih susah nak larang. sedang arak yang dah jelas haram pun masih ramai yang belasah, ini kan pula rokok !

    ReplyDelete
  14. Lepas ni apa kata KKM letak gambar muka babi yang paling hodoh pada kotak rokok....

    ReplyDelete
  15. Rokok memang tidak baik kepada kesihatan. Banyak gejala penyakit yang diakibat oleh merokok.

    Tapi sy seorang perokok gulung dgn cengkih. Kertas beli 2 buku, tembakau cap kapal terbang dan cengkih satu paket.
    Jimat kerana seminggu cuma belanja RM7,40 berbanding yg hisap rokok benson atau dunhill.Seminggu
    belanja sampai RM50 ke RM60.

    Bagi yg kata merokok boleh memudaratkan, memang benar.

    Tapi hidup dan mati pun kerja Allah SWT...sampai masa pergi jua. Tak hisap rokok atau hisap ditentu kematian masing-masing.

    Jangan ambil ayat ini sebagai langkah meneruskan merokok. Tapi digalakkan berhenti adalah lebih baik. Buat senaman dan makan tea hijau selalu kpd yg merokok kuat supaya bahan-bahan toksik cepat dicernakan.

    Lagi satu buat apa pun ddahulukan dgn Bismillah. Makan, minum kita Bismillah. Kenapa merokok tak baca Bismillah. Kerana merokok itu makruhkan. Jadi tak payah bacalah.

    Sebenarnya hidup ini sementara shj dan apa-apa nikmat Allah SWT berikan jgn kita sia-siakan.

    Sekian.

    ReplyDelete
  16. Salam melawat,
    Aduh, susah untuk berhenti merokok.
    InsyaAllah, diberi kekuatan suatu hari nanti untuk berhenti.

    Jemput ke laman saya :),
    http://zaidharis-leechmiracle.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih bebanyak ler sudi mencoret kat blog CP yang tak seberapa ni.. Ada masa coret lagi yer, ngeh ngeh ngeh..