Pengikut Kesayangan

Wednesday, May 5, 2010

Mati Semulajadi

Petang Isnin yang lepas, semasa CP sedang bermalas-malasan di rumah, sebelum CP keluar mencari gula, CP mendapat panggilan telefon daripada seorang Cik Adik, yang merupakan agen kepada salah sebuah Syarikat Insurans yang agak terkemuka.. 

setelah memperkenalkan diri.. Cik Adik (CA) pun berkata:

CA: saya nak minta En CP masa 5 minit sahaja, boleh?

CP: 5 minit sahaja? hmm ok (sambil set masa kat jam)

CA: bla.. bla.. bla.. err yang bagusnya En CP, skim perlindungan insurans kami ni, merangkumi semua.. Bagi kematian yang semulajadi, pihak kami.. (x sempat habis ayat, CP celah)

CP: err apa? kematian semulajadi? Apa tu?

CA: kematian semulajadi seperti mati kemalangan..

CP: hmm ooo.. tapi kalau kematian bukan semulajadi? Mcm mana tu?

CA: errr.. (terdiam seketika).. Macam sy kata lah, kematian semulajadi seperti mati ketika tidur..

CP: yer sy tahu, yang sy tanya, macam mana lak kalau kematian yang bukan semulajadi?

CA: hmmm.. tut.. tut.. tut.. (terus letak telefon)

Hmm laa, ada gak mcm ni.. X reti jawab, terus letak telefon..


Kepada CA, ada beberapa perkara yang CP nak bgtau (walaupun CP yakin dia tak baca blog ni)
1. Minta maaf byk2, sebab mmg CP tak nak beli, sbb dah ada
2. CP halalkan masa 1 minit 25 saat yang terlebih walaupun hanya minta 5 minit jer..
3. Kalau x tahu atau tak pasti, terus terang jangan terus letak..

23 comments:

  1. patutnya cp tanya lagi, macam mana kalau :

    mati jadi semula ?
    mati tak jadi ?
    semulajadi mati ?
    mati jadi-jadian ?

    agaknya budak tu terus resign !

    ReplyDelete
  2. Salam CP,

    Wow..siap sempat set jam..
    Untung minah tue sbb hang sanggup layan dia..kalo sy dengar je insuran call terus cakap sy tak berminat sebab dah ada dah [memang dah ada pun]..hihi
    1st time dgr kematian semulajadi dan bukan semulajadi..

    ReplyDelete
  3. huhhu..byk kali terjadi pd sy..sy biarkan je dia bercakap sehingga battery sy weak..kemudian, dia akan putus sendiri huhuhuh
    p/s: henset cap ayam battery cepat sikit weaknya hahahah

    ReplyDelete
  4. dia cuma belajaq hat tu ja..tp tak dan belajaq cam na nk jawap yg CP tanya..budak baru kot, tekedu!!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum CP

    yang saya tahu mati hidup semula
    Jamal Abdilah
    orang kg le kata kan

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. yg bukan semulajadi tu agaknya berpenyakit.

    ekekekekeke

    ReplyDelete
  7. Salam Cp..

    Sian hamba Allah tu..nak tambah pendapatan..tapi terjumpa pulak CP yang suka usik2 hehehe terus terkedu...semoga dia menambah ilmu yg ada ...dan berjaya dalam urusan menjual insuran tu...

    ReplyDelete
  8. apa2 je lah CP....kejadian mati-matian ...ok ka...kui.kui.kui

    ReplyDelete
  9. dia belum fasih hafal skrip lagi tu..

    ReplyDelete
  10. pasni confirm dia akan cari maksud bukan semulajadi tu sampai dapat dan dan lebih ready dgn soalan2 pelanggan spt si CP ni..

    ReplyDelete
  11. Org insuran nei kalau nak mengena mmg bijak bila dah terkena haram...lari lentang pukang huhuhuhu...

    ReplyDelete
  12. salam CP
    nak jadi agen tak
    tahu nak jual produk
    goner ter..
    tapi paling kurang
    kita kena ada satu
    medical la yang penting

    ReplyDelete
  13. salam sdr,

    kadang-kadang mereka tu tersalah cakap... bila nak gabra gitu lah jadinya...

    entah-entah baru join kot.... kesian cik adik tu..

    ReplyDelete
  14. wakakakka..

    maza tak tahan membaca komen si al-lavendari itew.. wakakakkaak

    ...

    tapi sebenarnya memang ada terms "mati semulajadi" dengan "mati bukan semulajadi"

    terms tersebut diguna pakai didlm kontraks insurans juga perundangan kita..

    mati semulajadi termasuklah sakit tua, sakit hati, sakit jantung, limpa, kemalangan dan sebagainya...

    mati bukan semulajadi ialah seperti bunuh diri, mati disebabkan terlibat dlm kegiatan jenayah atau menyalahi undang-undang, mati dibunuh (yg ini perlukan diskripsi yg panjang lebar sikit), mati dlm peperangan...

    juga kena berhati2 dgn terms insurans perlihal kematian ini.. seperti mereka tidak cover jika mati di negara2 tertentu seperti negara sedang berperang, atau negara yg tidak punyai hubungan diplomasi dan politik dgn negara kita.. mati di Israel umpamanya, atau Iraq yg sedang berperang itew..

    Dan apa yg paling penting ialah mati bukan semulajadi juga tidak akan dilindungi oleh insurans apabila kita mengalami 'mati pucuk'...(kesian kanzz.. gelap masa depan lorr)..

    err.. mati bukan semulajadi juga blh dikategorikan bila sang isteri merobek anu suami tatkala tidur disbbkan si suami kawen lain.. (kesian, mati anunya)..hehehhehe

    ReplyDelete
  15. salam cp..hehehe nakal juga soalan tu ya..tak tahu nak jawab terus letak telefon,majikan dia kena bagi bnyak kursus lagi ni sebab tak pandai nak kelentong pelanggan..selalunya depa ni bijak berkata2..

    ReplyDelete
  16. iskk... takut arr nak tepon awak !

    haha

    ReplyDelete
  17. Mati semula Jadi?..Uiks cP...masih bermalas malasan lagi?..

    ReplyDelete
  18. salam..

    saya pun selalu dapat panggilan macam tu. biasalah kalau area KL ni. tapi biasanya cakap saya tak minat buat penat awak je cakap terus dia off telefon.

    ReplyDelete
  19. salam encik cp : pandai sungguh encik cp mengendalikan kes2 macam ni. klu aku lah, aku biarkan dia membebel smpi habis, last2 aku cakap, sorry not interested.....

    ReplyDelete
  20. Sallam, kesian CA tu, dia baru belajar jual insuran tu, CP baik dan bertimbang rasa, ada orang terus je letak telefon kala dengar insuran, ada juga orang yang diam sampai sudah kala dengar insuran, tapi tak letak telefon, pemanggil pun cakaplah sendirian...tulah namanya mati kutu...

    ReplyDelete
  21. sian CA tuu...
    baru nak belajo cari makan...Cobaan !!!


    ...tu belum agen MLM , skim nak kayo, perfume ...minyak kuat...ntah apa lak CP ni jawap

    ReplyDelete
  22. ckLah pernah dapat panggilan tu...
    Mula-mula layan....tapi bila orang tu minta sampai part orang tu minta no kad kredit.....cklah kata;
    "Errr.....minta maaf ya encik, saya tengah goreng ikan tadi...nak ke dapur dulu!"


    Lepas tu dia telefon lagi....tak jawab.

    Boleh tak macam tu...?

    :)

    ReplyDelete

Terima kasih bebanyak ler sudi mencoret kat blog CP yang tak seberapa ni.. Ada masa coret lagi yer, ngeh ngeh ngeh..