Uikks, awat semacam je tajuk entri kali ini?
yer, saya masih single.. ada masalah ker?
Err kenapa nak emosi lak CP ni? ngeh ngeh ngeh, takdelah, bukan nak beremosi.. saja nak buat provokasi.. Memanglah dengan usia CP sekarang ni, ramai bertanya bila lagi nak menamatkan zaman bujang? Bagi CP, mereka yang tanya CP tu adalah mereka yang mengambil berat pasal CP, bukan atas dasar nak menjaga tepi seluar CP.. Terima kasih yer..
Walaupun ada yang bagi pendapat positif mahupun negatif, CP terima semua itu dengan hati terbuka.. Tapi kali ni CP bukan nak cakap pasal tu.. Cuma nak berkongsi pendapat mengenai, "Cinta dulu sebelum kahwin, atau kahwin dulu baru bercinta; mana yang lebih baik?'
Kalau kita tengok tren zaman dulu, ramai yang kahwin dulu baru bercinta.. tapi zaman sekarang nampaknya ramai yang bercinta dulu baru kahwin..
Kalau zaman dulu pasangan banyak ditentukan oleh orang tua.. masa tu tak ramai ada ijazah bergulung, tidak ada kemahiran multimedia.. Jadi macam mana cara nak menilai bakal menantu idaman?
Antara kriteria yang dilihat untuk memilih menantu wanita pada zaman dahulu ialah:
- paras rupa, budi pekerti, sopan santun..
- suara merdu mengaji, pandai mengayam, menjahit
- pandai memasak terutama makanan kegemaran bakal suami
Bagi anak teruna pula:
- bertubuh sasa, berperangai mulia, hormati orang tua
- rajin ke surau dan syahdu suara mengalunkan azan
- pandai berbendang, berkebun..
Hmm tu antara sedikit sebanyak kriteria yang dipilih oleh orang tua untuk dijodohkan dengan anak mereka pada zaman dahulu..
Tapi zaman semakin berubah.. Orang tua sekarang ni dah membenarkan anak2 memilih pasangan hidup masing-masing.. Walaupun ibu bapa ada hak untuk memberi pendapat dan menolak, tapi biasanya terpaksa mengikut kehendak anak-anak.. Yang best nya, g belajar tinggi2 kat luar negara, balik2 bawa laki / bini orang putih..
Bagi CP, tak kisahlah pilihan sendiri atau pilihan keluarga.. Sebab bagi CP, bila dah ada ikatan perkahwinan, masing-masing kena tahu bahawa ada tugas dan tanggungjawab yang perlu kita jalankan.. Sentiasa berpegang kepada matlamat perkahwinan, jadi sekiranya berlaku apa2 pertelingkahan atau perselisihan, masing2 boleh bermuhasabah dan kembali berpegang kepada matlamat perkahwinan..
Biasalah, zaman bercinta lebih banyak kepada fantasi, segalanya indah.. Tunggul buruk pun kelihatan indah, ranting kayu pun dikatakan penuh seni..
Kata orang, "Cinta itu buta"..
Kata CP, "Cinta itu tidak buta, tapi boleh buat orang buta kerana cinta.."
memang cinta itu buta ..
ReplyDeletejangan difahamkan ungkapan itu secara zahiriah sahaja. lihat saja berapa ramai yang tinggal emakayah dan saudara mara lari ke Lombok mengikut orang yang dicinta.
memang buta !!!
buta dalam celik kan pakcik lavendar, ngeh ngeh ngeh
ReplyDeleteSalam anakanda
ReplyDeleteCara cakap tu macam dah kawin je...hi.hi jangan marah..
cara CP tulis nie mcm dh kawen la..hebat..penuh dgn pengalaman..ala, CP tak yah risau2 sgt..hidup solo pun ok gak..leh berbakti lebih pada kedua ibubapa coz nafkah tak perlu dipecah dua bahagian kan...
ReplyDeleteSalam tuan, wah ! tajuk pun dah menggambarkan keikhlasan tuan..anak pakcik pon kecik2 lagi...haha lawak ja.
ReplyDeleteKalau bagi pakcik la pasai cinta nie..sebelum ka selepas kawen sama ja , bercinta sblm sbb dah kenai, kalau tak kenai pon tak pa..bole cinta lepas kawen..takdak masalah haih! yg penting kena pandai jaga hati masing2...jangan berdansa ke sana ke mari..tunjuk ok tapi sebenaqnya tak ok...CP ok kot??
mama ju
ReplyDeletengeh ngeh ngeh, hasil pemerhatian sekeliling
sahrom
ReplyDeletecara je mcm dah kahwen haha..
CP tak risau pun.. samapi masa dan ketika, sampai lah ia.. InsyaAllah..
pokcik lie
ReplyDeletehmm lama laie tu nak tunggu anak dara pokcik, huhu.. dah beruban rambut gamaknya baru besar anak pokcik tu hehe
Assalamualaikum CP
ReplyDeletepilihan orang tua ada lebih tepat, pendapat saya
kerana mereka melihat dari asal usul keturunan bakal menantu mereka
watak keturunan sedikit sebanyak akan diwarisi juga
Wassalam
Single = Simple
ReplyDeleteCouple = Trouble
Di satu sudut dunia,ade seseorang tercipta untukmu...Cuma masanya belum sampai untuk kalian bertemu.. :)
Cp - macam sedih aje hehehe jgn gitu sampai masa tak kemana...hehehehe
ReplyDeletesaya dah tak singgle lagi....hehhehehe.... cinta tak buta tapi org yang bercinta itu buta tu yg jadi tak ketahuan hala tu....
ReplyDeleteche rozali
ReplyDeletebetul gak tu.. keturunan baik, insyaAllah, waris pun baik
cik shinju
ReplyDeletehmm sape lah agaknya si dia tu ek? hehehe
che yassin
ReplyDeletedok eh.. rileks jer ni.. saje je bertanya pendapat masing2
Alimaz
ReplyDeletebetul tu.. org buta sbb cinta..
tu duk syik meraba jer, hahaha.. sbb buta, x nampak
salam,
ReplyDeleteterus meneropong.
moga bersua idaman hati.
Salam CP...
ReplyDeleteBaca blog hj arshad dan blog akak..blog prof muh kamil kami dah huraikan...serba sedikit...harap dapat membantu..ikutlah sunnah nabi..jadikan pedoman dalam setiap keputusan dan apply dalam hidup kita...insyallah berjaya...dunia dan akhirat
cgu humairi
ReplyDeleteterima kasih atas doa
kak shami
ReplyDeletethanks for the info.. masih teringat kambing tu.. sedap nyer..
salam,
ReplyDeleteinsya-Allah nanti sampailah seru tu..
salam CP,
ReplyDeletemama hanya doakan yang terbaik buat CP.
macamana..bilamana..bagaimana..di mana..mama tunggu..
take care...psstt...
Bercinta selepas kawin atau sblm kawin sama aje CP. Tak perlu risau.Ada yg bercinta berpuluh tahun tapi kawin sekejab aje, dan ada pula yg tak bercinta tapi bl kawin, kekal sampai tua , begitulah sebaliknya, yg penting keimanan dan jodoh yang telah di tentukan Allah swt.
ReplyDeleteSalam Pijal,
ReplyDeleteSingle ke? Available ke?
Hihihihi
Setuju dgn statement hang kat atas tuh..
Skrg masa kita mempersiapkan diri.
Pasti ada hikmahnya.
Teruskan memegang tampok kepimpinan sbg Presiden GKB ngeh ngeh ngeh..
InsyaAllah
ReplyDeleteBesh tau kawennn... kikikih
ReplyDeleteCP - saya ada Degree account and terus sambung MASTER in Educations.
Bersifat happy go lucky and ala-ala gediks gituuu ...
But .. in the end ,
Berkahwin atas pilihan keluarga .
Tak pernah jumpa and bercinta . Tup2 dah malam pertama . ekeke
So far, memang mengujakan . Every single moment adalah percintaan kami . Yang penting restu kedua ibubapa dan sifat tolanrasi antara kedua pasangan .
salam CP : saya pon masih single...
ReplyDeleteaku single 3...
ReplyDeletejgn terlalu memilih nanti jadi bujang lapok.
ReplyDeletesalam CP...
ReplyDeleteseruan dah sampai la tuh...syukur
tak kisah apa2 pun, asalkan kita kenal dia, suka dia, dia suka kita, mak abah redha, peh tu redah je... doa pd Allah jg putus beb dan bertawakkal...
bila tuh...orang mana tuh...habaq mai kak akak nih..
aku tau da pasni ko 'tak single' lagi....so, semoga selamat....
ReplyDeleteAwas cP..cinta itu buta..sebab itu ORANG BERCINTA SUKA MERABA ''..
ReplyDeleteSalam CP.
ReplyDeleteSaya dah tak single tapi masih ada kekosongan 3 hehehe
Awak tulis tu mcm org berpengalaman. Kalau susah2 nak cari, kat blog ini pun ramai anak dara yg available. Ramai yg baik2 pulak tu. Cubalah.....
salam CP
ReplyDeletepelan2 lah pilih
nak kawin ni bukan sehari
dua..seumur hidup..carilah yang
sesuai hati..tapi jangan lupa
jodoh di tangan Allah..kadang-kala
yang kita gilakan tak mahukan kita
jadi bersederhanalah..carilah yang
di antaranya..antara yang baik dan yang kurang baik..yang sedang2..baik dari segi rupa,harta dan pelajaran
insyaallah..
salam CP....
ReplyDeletetak kisah ler cinta dulu ke kawin dulu , yg penting sefahaman ...
ckLah nak pinang CP punnnn...anak sekolah lagi...
ReplyDeleteCP cari sendirilah ya!
Ngeh..ngeh..ngeh..
salam CP,
ReplyDeletekelihatan sungguh bersedia ke arah itu dan terdapat research yg dilakukan scara mndalam. ngee... (ngusik je CP!)
bercinta lepas khawin pun ok juga...
ReplyDelete