Pengikut Kesayangan

Monday, November 29, 2010

Masalah Komunikasi

Seorang Managing Director memberi arahan kepada General Manager nya…

“Besok akan ada gerhana matahari penuh pada jam sembilan pagi. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari. Untuk menyambut dan melihat peristiwa ini, seluruh pekerja diminta untuk berkumpul di padang dengan berpakaian kemas.. Saya akan menjelaskan fenomena alam ini kepada mereka. Jika esok hujan.. dan kita tidak boleh melihatnya dengan jelas.. kita akan berkumpul di kantin saja.

Lalu General Manager itu menyampaikan arahan bos nya kepada Ketua Jabatan..

“Ini adalah arahan Managing Director.. esok pada jam sembilan pagi akan ada gerhana matahari penuh.. Jika esok hujan.. kita tidak boleh berkumpul di padang untuk melihatnya dengan berpakaian kemas.. Dengan demikian, peristiwa gerhana matahari ini akan dijelaskan oleh Managing Director di kantin sahaja. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari.”

Dan Ketua jabatan pula menyampaikan pada ketua seksyen..

“Ini adalah arahan dari Managing Director.. esok kita akan mengikuti peristiwa gerhana matahari di kantin pada jam sembilan pagi dengan berpakaian kemas.. Managing Director akan menjelaskan apakah esok akan hujan atau tidak. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari.”

Seterusnya Ketua seksyen pula menyampaikan amanat tadi kepada penyelia..

“Jika esok turun hujan di kantin.. kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari, Managing Director, dengan berpakaian kemas akan gerhana pada jam sembilan pagi.”

Akhir sekali penyelia menyampaikan arahan tersebut kepada para pekerjanya..

“Esok pagi.. pada jam sembilan.. Managing Director akan gerhana.. Sayang sekali, kita tidak boleh melihatnya setiap hari.

ngeh ngeh ngeh, arahan paling last sekali memang menyimpang terus.. Tak pasal-pasal MD akan sakit, siap boleh tahu pukul berapa lagi tu hehe..


17 comments:

  1. Assalamualaikum CP

    he eh he

    macam kursus indaksi ajaer

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Salam Che'Pit,

    Macam pernah dengar jer. Kisah comet Hailey yg melintas di langit bumi setiap 76 tahun sekali, tul tak.

    ReplyDelete
  3. @Rozalihehe selalu gak guna modul kahabr angin atau radio buruk mcm ni.. pastu mesti CP terbahak2 gelak dgr jawapan last deme tu haha

    ReplyDelete
  4. @Aki44 salam kembali.. terima kasih menjenguk.. err kisah comet Hailey tu sy kurang pasti lak.. mungkin betul lah kot hehe

    ReplyDelete
  5. Salam Pijal,

    Disebabkan masalah macam nie, pelbagai medium diwujudkan untuk mengatasi kelemahan yg akan timbul..

    Betul cakap En Rozali, masa induksi orang pertama di beri hanya perkataan Keldai..sampai orang ke 20, mesej yg berjaya di kenalpasti ialah..

    "seorang pemandu sedang membawa kereta dan melihat keluar tingkap lembu yang sedang makan rumput" hahaha pecah perut dengan hasil tu..keldai langsung tak timbul dalam ayat terakhir..

    ReplyDelete
  6. Salam hari seni Che pit... dpt mencelah aje kejap bz sikit :( semoga ceria sentiasa.

    New Entry "Cemburu-cemburu nie apa?"

    ReplyDelete
  7. salam CP..cat baru nampak?? cantik..lebih jelas, terang dan nyata...

    ReplyDelete
  8. @sahromnasrudin salam.. x cat.. pasang wallpaper je ngeh ngeh ngeh..

    ReplyDelete
  9. Salam...

    Muahahaha...kelakar la..
    Tapi mmg betul kan CP..
    msg dr mulut ke mulut ni lama2 akan menyimpang..
    Sbb tu xleh dgr kabar angin..

    ReplyDelete
  10. Kalau lama tak berkomunikasi pun bole bawa masalah gak..hehe

    ReplyDelete
  11. masa maza tak berapa besar dolu2 itew, maza pernah ikuti Jembori Pengakap Sedunia...

    Permainan ini dinamakan 'breaking news'... oleh kerana pelbagai bangsa, sudahnya macam-macam bunyi yang keluar dan bahasa.. hahaha

    ReplyDelete
  12. salam..
    kalau arahan bertulis
    idoklah jadi begitu..melainkan
    arahan secara lisan ..he he

    ReplyDelete
  13. salam CP : itu yg selalu berlaku.. masalah komunikasi.. pastu semua saling menyalahkan org lain

    ReplyDelete
  14. itu sebab bila kita terima berita dari mulut orang yang meragukan, jangan terus percaya. selidik dulu.

    selamat kembali memeriahkan dunia blogging.

    ReplyDelete
  15. salam saudara CP
    he he teringat masa induksi dulu...
    kemahirana komunikasi ni penting kan
    sebab adakalanya seseorang bercakap bagi maksud A
    kemudian jdi maksud B

    ReplyDelete

  16. I really liked this story interesting website and increase knowledge for me . is there Obat Stroke The world 's most powerful

    ReplyDelete

Terima kasih bebanyak ler sudi mencoret kat blog CP yang tak seberapa ni.. Ada masa coret lagi yer, ngeh ngeh ngeh..