Pengikut Kesayangan

Sunday, January 31, 2010

Janji Tinggal Janji

Antara perkara yang menarik perhatian CP semasa 
 "bershoping tingkap" hari semalam..

Cuba lihat Janji no 4 
>>> We will not have a queue of more than 3 customers

 

 
 Cuba lihat kejadian sebenar yang CP sempat snap..
bukan tak lebih dari 3 tapi 5 orang yang kena queue..


 

Salah siapa? 

Store Manager yang pandai menabur janji
atau
Cashier yang tidak cekap
atau
Salah pembeli yang beratur di kaunter tu???

p/s org tua2 pesan, janji kena tepati, kalau rasa x mampu, 
jangan ler berjanji.. 

ala tapi dia org jepun, so maybe org tua2 kat jepun nun x pernah pesan mcm tu kat dia kot..

Friday, January 29, 2010

Suratan vs Kebetulan

Isnin lepas CP outstation ke Sg Petani dan Sik..
Ber 3 dgn AFS dan AA.. (nama penuh yang dipendekkan)
Bertolak dari opis kul 11 pagi..
Singgah makan di RnR Tapah..
Pas makan, sambung perjalanan, tetiba AFS kuar soalan "cepumaut"

AFS: AA, LCD projector tadi ko bawa tak?
AA: Ya Rabbi, astraghfirullah hal azim..

mmg maut nye soalan, huhu..
mcm ne lah kami semua leh terlupa lak benda penting..
Sebelum ni x pernak lak jadi mcm ni..

CP: so kita nak buat mcm ni?
AA: hmm try tanya Cawangan Utara (Alor Star)..

                                         tut.. tut..
tut.. tut..

AA: Ok, diorg ada.. hmm so kita ke Alor Star dulu lah.. boleh?
CP: hmm yelah, nak buat mcm ner.. (dlm hati, aduh, x larat dah nak drive.. rasa nak terlentang atas katil je ni huhu)

Destinasi sebenar Sg Petani, tetapi terpaksa naik lagi ke atas ke Alor Star, pastu patah balik ke SP..
Memandangkan kami x familiar area utara, CP dapatkan bantuan en asben kepada kak ummi humaira iaitu che abihanan..

"lepas tol, belok kanan bla bla bla terus bla  bla bla jumpa trafic light bla bla bla jambatan bla bla bla balai polis bla bla bla jangan beli barang kat Pekan Rabu, mahal depa tekan kalau org luar.. bla bla bla.." panjang lebar penerangan che abihanan

ngeh ngeh ngeh sempat berpesan tu kalau nak shoping.. tapi mmg xde masa huhu..

Cawangan utara sebenarnya baru je beroperasi pada 3 Januari dan belum dirasmikan lagi.. terletak betul2 depan bangunan Pekan Rabu, bersebelahan CIMB Bank..


terang sangat sang mentari, lagipun guna camera iphone jer..

Takperlah, walaupun terpaksa menambah jarak perjalanan, tambah kos minyak dan tol, tambah masa, tapi redha je lah.. Dah suratan serta kebetulan kami akan sampai ke cawangan ni sebelum dirasmikan..

Thursday, January 28, 2010

Teori Boss Baru..

Waa boss baru pun ada teori ker?
Mestilah sbb kami sebenarnya bukan kami jer berteka-teki, siapa kah bakal ketua "Pusat Maut" ni, ngeh ngeh ngeh..

Nak citer sikit, kat maktab ni ada 7 pusat akademik.. Dalam 7 tu ada 3 pusat utama dan diketuai oleh pegawai Gred 52.. Lagi  4 pusat, diketuai oleh pegawai Gred 48.

Pusat CP termasuk dalam 3 pusat utama tu.. Memandangkan boss akan bersara 1/2 ni, mcm2 teori timbul mengenai siapakah bakal ketua pusat kami.. Yang pasti memang daripada pegawai sedia ada, bukan lantikan luar..

Ok mari kita lihat teori berdasarkan 2 soalan..

Yang Pertama
siapa bakal ketua pusat CALL..


ni lah ketua pusat CP yang akan bersara..

Memandangkan pusat CALL harus diketuai oleh Gred 52, oleh itu calon2 yang tinggal 2 org sahaja iaitu


                               En Safaai (BMeC)     Pn Norwatim (ANTARABANGSA)

Teori CP: En Safaai akan jadi ketua Pusat kami sbb hanya beliau ada pengalaman berkaitan pusat kami. Tetapi ada ura2 mengatakan beliau tidak mahu kerana mahu kekal dengan pusat beliau yang sedia ada..

Yang kedua
Siapakah Pegawai Gred 48 yang akan naik Gred 52 (menggantikan kekosongan yg boss CP tinggalkan)

Calon-calon nya..


      Dr Jamilah (Konsultasi)      Pn Nurizah (ACTIF)          Dr Sushila (ReMAP)

Teori CP: Dr Jamilah yang akan naik ke Gred 52 sbb beliau nampak lebih layak berbanding dgn lagi 2 calon.

Teori lain: memandangkan En Safaai keberatan untuk meninggalkan Pusat BMeC, ada kemungkinan Pegawai Gred 48 dalam pusat kami sendiri yang akan menjadi ketua pusat iaitu Pn Noorzeeta.. Tetapi beliau tidak berkemungkinan untuk naik ke Gred 52 atas sebab2 tertentu..

Hmm itulah antara persoalan yang mmg dipersoalkan oleh staff kami.. Memandangkan esok perhimpunan bulanan dan juga majlis persaraan boss kami, sama2 lah menunggu keputusan yang dibuat dan mari kita lihat teori CP mengena atau tidak..

Monday, January 25, 2010

Sarapan pagi

Hmm menu sarapan pagi CP.. minggu lepas, straight 5 hari berturut CP makan menu yang sama utk sarapan pagi..


Nasi goreng + telur mata dgn kuih apam 2 keping.. RM2.60..

Masa kecik2 dulu, mak CP selalu buat apam tu untuk sarapan pagi.. Sekarang dah lama x merasa apam yang mak buat.. Hmm balik kg nanti nak suruh mak buat lah, ngeh ngeh ngeh..

CP mmg jenis suka datang opis awal.. waktu kerja 8-5 tapi biasa kul 7.20 pagi dah punch in.. pastu keluar g beli sarapan mcm kat atas tu kat depan PKNS kat PJ State ni.. Sebelum pukul 8 pagi CP dah siap sarapan dan bersedia memulakan kerja.. Berusahalah!! Baik ummph! mcm lah busy sgt keje gomen ni, ngeh ngeh ngeh..

Pagi ni? CP makan lontong lak (tukar menu) kat cafe dalam maktab ni jer sbb datang lambat.. Haa lambat? Ye sengaja lambat sebab jap je lagi CP akan outstation ke Sg Petani sampai rabu.. So dlm 3 hari ni mungkin tidak akan bersiaran.. Salam Monday Blues

Saturday, January 23, 2010

Siapa lagi bodoh?

CP baru je balik dari pasar malam..
Sebelum ke pasar malam, singgah di Petronas, isi angin tayar kereta..
Masa sampai tu, ada satu kereta Wira dengan sesuka hati park tengah2 jalan.. Drivernya entah ke mana.. Menghalang dan menyusahkan pengguna kenderaan yang lain..


tgk lah tu.. sesuka hati nak menyusahkan orang lain..

Apa yang CP nak citer, pastu ada sebuah kereta Waja yang nak lalu..  terpaksa berhati2 nak elak dari melanggar kereta Wira tu.. Si driver nya seorang lelaki melayu berbadan agak besar dan bermuka agak bengis.. Masa melalui celah kereta tu, si driver turunkan cermin sisi, dan dgn muka yang marah, menjerit BODOH kepada kereta tersebut..

Hmm nak tergelak lak CP tgk pemandu Waja tu.. Mmg le tahu dia tak puas hati dgn sikap pemandu Wira tu, tapi yang dia pi jerit bodoh kat kereta tu apa dia dapat? Lain lah kalau jerit bodoh pada tuan punya kereta wira tu, ngeh ngeh ngeh

Pastu CP pikir, sebenarnya siapa yang lagi bodoh??? Pemandu Wira atau Pemandu Waja?

Friday, January 22, 2010

Pertama tapi Terakhir?

Hmm pelik tak tajuk entry kali ni?

Pertama -- meeting pertama pusat kami (Co-operative Administration, Law and Leadership Center - CALL).. Pada hari semalam merupakan meeting pertama bagi tahun 2010..

Terakhir -- sebab merupakan meeting terakhir bagi ketua pusat kami yang akan bersara pada 1/2/2010 ni.. kami duk hitung hari ni..

Oleh sebab itu, meeting bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.15 tghari.. giler lama


Mana taknya, sampaikan amanat2 sempena tahun baru dan juga amanat2 sebelum beliau pergi meninggalkan maktab tercinta ni..

CP mengesan riak2 sedih dan ada getaran kesyahduan pada muka dan cara beliau mempengerusikan mesyuarat.. Kesian kat beliau, handle kami2 ni yang semuanya "baik2" belaka, ngeh ngeh ngeh..

Kepada Puan Hajah Hayati, terima kasih menjadi ketua kami walaupun kami terpaksa, x leh pilih pusat..


Walaupun begitu, kami memang dah mula terasa kehilangan beliau kerana kepakaran yang beliau miliki, tiada ganti dengan mana2 ketua pusat lain.. thumbs up to u puan..

Kepada bakal ketua pusat kami, "SELAMAT DATANG" ngeh ngeh ngeh (gelak ada makna tu).. dan selamat dapat kami sebagai anak buah..


biasalah gomen.. setiap kali meeting mesti ada makan2.. hmm nasi lemak tu bukan CP nyer, sebab CP nyer dah habis kena telan.. meeting lum start, nasi lemak, kuih n limau dah habis CP ngap. (sengaja tak sarapan sbb dah ada makan free)

Thursday, January 21, 2010

Maksud Peribahasa Cinta Klasik



Hmm aritu CP dah buat entry pasal Peribahasa Cinta Klasik.. CP rasa ramai yg tak tahu maksud disebalik peribahasa tersebut.. Kali ni CP sertakan maksud agar kita semua tahu dan boleh digunakan kalau sesuai, negh ngeh ngeh..love

P1 - Bayang-bayang disangka tubuh --> dipermainkan perempuan, mengharap yang tak pasti

P2 - Usahlah aku tak endah, ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang --> pura-pura kasih

P3 - Hidung dicium, pipi digigit --> cinta palsu

P4 - Mahu dienggang lalu --> orang tak sudi, kita yang hendak

P5 - Mengadu air dengan garam --> cinta yang sia-sia

P6 - Merak kayangan --> wanita cantik yang diidamkan tapi tak mungkin dapat dimiliki

P7 - Putih mata kerana memandang --> hiba kerana rindu

P8 - Bagai menjaga permata intan ketika dicanai --> kasih sayang yang tiada bandingannya

P9 - Kasih sepantun tulisan sepinggan --> kasih yang abadi

P10 - Badan dapat dimiliki, hati takkan dapat dimiliki --> kasih sayang tak boleh dipaksa


Wednesday, January 20, 2010

Siakap Senohong..

Hmm sambung sendiri pantun tu..
Tak patut rasanya kalau korang tak reti nak sambung
Hmm ni nak citer pengalaman ngeri CP hari Ahad yang lepas (17 Januari)

Kisah terjadi masa CP baru balik rumah dari membeli makan tghari (nak masak sendiri tak reti)..
Masa tu baru park kete, menuju ke lif.
Ada seorang BUDAK, CP agak dalam darjah 4,5 mcm tu..
CP lalu, dia senyum.. CP senyum balik..
Pastu dia menegur.. Kita ikuti perbualan CP dgn BUDAK tersebut..

B: bang, leh minta tolong tak?
CP: apa dia?
B: mintak tiga hengget bang.. sy lapar ni nak makan.. mak ayah keje, rumah kunci lak.. (dengan muka sedih n suara sayu)

Monolog hati CP.. alamak kesian nye budak ni.. apa lah mak bapak dia.. kot ye pun nak keje, jgn le sampai anak x leh masuk rumah.. dah le aku tgh pegang nasi bungkus lak ni.. mata dia pun duk melilau tgk nasi bungkus aku ni.. hmm nak bagi nasi karang aku kena g beli lain.. x pelah, bagi je lah 3 hengget.. bukan byk sgt pun dia mintak..

Sementara CP nak kuarkan beg duit dari poket doraemon belakang, CP tergerak hati untuk bertanya soalan.. ikuti sambungan nya..

CP: adik duk tingkat baper?
B: tingkat 2 bang
(oooo tu satu tingkat dgn CP, tapi mcm x pernah nampak pun)
CP: Tingkat 2, hmm rumah no baper?
B: nombor 1 bang, 0201 (tingkat 2, umah no 1)
Jawab budak tu dengan selamber n yakin sekali

Monolog hati CP.. ooo 0201.. erk tapi mcm biasa je tgk rumah tu.. What??? tu rumah CP lah.. bila masa lak CP ada anak.. Gotcha.. budak ni nak kelentong CP rupanya.. tapi salah terjah le dik..

CP: 0201 tu rumah abg lah dik
B: hmm sy duk sana bang (sambil menujuk ke Apartment Zapin di sebelah belakang apartment CP, Apartment Kinabalu..
CP: habis tu dtg sini buat apa?
B: cari abg sy
CP: abg awak buat apa kat sini?
B: hmm.. terus budak tu cha alif but, CABUT sbb dah tahu dia dah terkantul..

Nasib baik CP ni dah stop jadi sprinter.. kalau x, mmg CP kejar budak tu, gertak sikit bagi dia takut.. Ooo kecik2 dah pandai nak menipu.. Tapi salah terjah..

Apa yg CP kesalkan, budak tu seolah2 dah mmg selalu sgt menipu sbb bila di tanya, terus dia jawab, xde mcm gagap2, hmm hmm ker..biasanya org yg jarang menipu ni, dia teragak2 nak menjawab.. tapi budak ni mmg lancar jer.. ish ish ish..

Harap2 budak ni dah besar tak jadi mcm sambungan pantun sekerat CP tu..


hmm CP x kenal masa satu siakap, senohong, gelama mahupun ikan duri.. tgk lah yer, kekalau ada kat sini, ngeh ngeh ngeh.. tapi rasa mcm lain kategori jer..

Tuesday, January 19, 2010

Muffin dari Kuantan

Semalam mmg busy sgt kat opis..
Tak sempat nak ber sms, ber fesbuk, ber blog..
Balik kerja lambat.. kul 6.30 ptg baru punch out..

Sampai rumah, tengok ada bungkusan kotak atas meja makan..
hmm apa tu erk?
hmm nak kata besday CP, dah lepas dah 17 hari yg lepas..


apa tu? siap Specially For You tu, ngeh ngeh ngeh..


bila buka.. waaa muffin daripada Mama Zainab..
jauh tu dari Kuantan..
Che' Lie kata Mama Zainab kirim utk CP..


hmm nak jemput makan, x leh dah sbb dah habis dah masuk perut CP, ngeh ngeh ngeh.. sedap..

Hmm terharunya mama ingat kat CP..
mcm tahu2 je CP suka makan muffin..
Terima kasih mama.. nanti ada rezeki CP ke Kuantan, CP ke rumah mama..
leh rasa  masakan mama, especially dessert yg selalu buat CP telan air liur, ngeh ngeh ngeh..


Friday, January 15, 2010

Jodoh oh Jodoh

gambar selingan.. perkahwinan best friend CP kat kg, 6/12 yang lalu..

Ngeh ngeh ngeh, sensasi tak tajuk CP kali ni.. Ditujukan khas buat geng2 ahli kelab bujang.. Afeezz, Hanis, Atikah, Syima dan lain2..

Tak guna laku cepat tapi lepas tu penuh dengan duka dan air mata.. Biar lambat sikit tapi mendapat insan yang betul.. Sebab perkahwinan bukan mcm kita makan nasi.. Suka kita boleh makan, tak suka kita boleh luahkan balik.. Kahwin tak gitu.. Sekali kita melangkah, batu jemala patik telah terletak di atas bahu.. Tanggungjawabnya besar sekali.. Suka tak suka kena pikul sampai mati..

Bagi anda (termasuk CP) yang belum bertemu jodoh, ingatlah hidup kita ni ibarat meniti jambatan. Ada org jambatannya panjang dan berhalangan, ada org jambatannya pendek dan mudah.. Yang pendek dan mudah, cepat dan mudahlah jodoh mereka; yang panjang dan berhalangan mungkin payah.. Sabarlah dan jangan tergesa2..

Hmm kalau musim kawin, makan perli je lah.. "hmm kau ni CP, bila lagi? Kawan2 kau semua dah selamat. Kau je belum.. Tak laku ker?" banyakckp huwaaa kejam tul ayat yg last tu..nangih

Tak baik kata org mcm tu.. Kahwin mmg dituntut dalam agama, tapi bukan lah puncak cemerlang gemilang dan terbilang..

Bagi CP, si bujang yang lambat kahwin lantaran sibuk membina kecemerlangan dalam akademik atau pekerjaan jauh lebih baik daripada mereka yang cepat berkahwinnya, tapi cepat pula bercerainya..putuscinte takbole

moral of the story: bagi CP, insyaAllah bila CP dah betul2 bersedia dan dah jumpa org yang CP rasakan yang paling sesuai utk CP, barulah CP akan menamatkan zaman bujang.. Erk, tapi kalau ada sesiapa yang nak kenal2 kan calon kat CP, sila lah, ngeh ngeh ngeh..

Thursday, January 14, 2010

Peribahasa Cinta Klasik

Jom kayakan peribahasa kita dengan dengan peribahasa lama tentang cinta..love

Sesiapa yang tahu maknanya, boleh lah kongsi yer..

P1 - Bayang-bayang disangka tubuh

P2 - Usahlah aku tak endah, ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang

P3 - Hidung dicium, pipi digigit

P4 - Mahu dienggang lalu

P5 - Mengadu air dengan garam

P6 - Merak kayangan

P7 - Putih mata kerana memandang

P8 - Bagai menjaga permata intan ketika dicanai

P9 - Kasih sepantun tulisan sepinggan

P10 - Badan daaapat dimiliki, hati takkan dapat dimiliki

Ngeh ngeh ngeh bagi mereka yang sedang hangat bercinta tu, boleh lah guna mana2 yang bersesuaian ya.. Jangan silap bagi sudah ler..

Wednesday, January 13, 2010

Motivasinyer..







pembentangan.. CP gak kena jadi jurucakap kumpulan Cikediks


kumpulan 2nd Chance

kumpulan A Squad


 kumpulan Siap



  ni lah nama, logo n motto kumpulan.. 15 minit je masa di beri, so CP keluarkan idea, semua setuju.. go go go.. sempoi je kan, ngeh ngeh ngeh


  muka2 ahli kumpulan Cikediks yang berdedikasi.. dari kiri Linda (CALL), Mastura (Infotec), Norawati (Caw. Sabah), Rohaya (Caw, Sarawak), Dino (BMeC), CP (CALL) dan Hasrin (ReMAP)

Alkisahnya, memang susah bila trainer nak train trainers..
Malas nak komen byk, sbb nanti bila kita lak train org, tak nak org komen kita banyak2 lak..
Tapi bukan CP je yg komen pasal dia..
Kat bawah ni sedutan daripada facebook.. Komen daripada sebilangan mereka yang turut serta.. (ni sikit je, byk lagi komen)


 credit to cgu azlanlin sbb ajar mcm ne nak crop benda ni dari fb..

  • Pada sesi pertama lagi, si trainer ni dah buat kesilapan besar kerana menyentuh isu agama.. Contoh keterbukaan yang dia bawa, mmg sensitif.. dari situ dah bermula rasa ketidakpuashatian dan terpancar dari sikap n wajah lecturer2 senior.. dan berlanjutan ke sessi seterusnya
  • bagi CP, masa itu penting.. Tapi bagi trainer tu, setiap kali masuk kelas dia, kena buka jam tangan.. sbb bg dia, keje ikut siap.. Sbb tu byk kali kelas dia terbabas waktu.. Ketepatan masa dan menghargai masa bagi CP elemen penting utk berjaya
  • trainer siapkan fail siap dengan nota. kami tak tahu pada mulanya ada dibekalkan jadi kami tidak bertanya kerana dia mmg tidak guna slide langsung. sessi last baru dia bagi kami fail tu. dia kata, ingat nak bawa balik tapi leceh lak nak beratkan kereta, so dia bagi jugak.. Hmm ada ke trainer mcm ni?
  • tapi paling tak ingat, bincang pasal masalah organisasi. dia takde pun bagi idea, pastu tetiba suruh timbang berat n ukur tinggi, nak kira BMI.. apa kaitan? 
  • SO WHAT? ungkapan yg selalu sangat kedengaran dari kami kepada dia kerana kami sendiri x faham apa motif / objektif setiap sessi dia..
Kesimpulannya, bagi CP objektif kursus ini tak tercapai.. tak sampai 50% pun..
CP x nak dedahkan nama trainer dan consultant company tu, cuma harap lain kali tak terjumpa atau terikuti program yg ada kaitan dgn mereka.. rugi masa dan duit..

Tuesday, January 12, 2010

Lebah vs Lalat


Kalau kita tengok lebah, hidup aman damai, saling bekerjasama tanpa banyak karenah, takde dengki khianat atau pentingkan diri sendiri.. Kerja kuat, tak berhenti.. Takde Annual Leave, mahupun Emergency Leave, apatah lagi MC.. Kerja, kerja, kerja, tu je yg lebah ni tahu.. Kita? tahu amik hasil kerja lebah..

Cuba tengok antara lebah dengan lalat.. Saiz hampir sama je kan tapi satu beri manfaat, yang satu lagi tak usah cakap lah.. semua orang tahu lalat pengotor.. Lagi kotor lagi dia suka..

Lebah dengan lalat mmg jauh beza. Kalau banyak lebah, tentu lumayan hasil nya tapi kalau lalat yang banyak, mesti ada yang tak kena..

Lantaran lalat sebagai pembawa penyakit kepada manusia, ia didatangkan dengan penawar.. kalau lalat terjatuh dlm air minuman kita, tak yah buang minuman tu.. benamkan ia dalam air tu, atau tenggelamkan dalam kira2 5 saat, pastu buangkannya dan boleh minum dah air tadi


Dalam satu hadis Nabi disebut bahawa pada sayap sebelah kiri ada racun, sayap kanan ada penawar (bukan madu dan racun yer).. jadi kalau terjatuh dlm air, air tu akan beracun, tapi kalau kita rendamkan ia, akan dapat penawarnya.. Tak payah bazir kan.. (tapi ada ke yg lalu nak minum air lalat, huhuhu) takbolehah

Monday, January 11, 2010

Senam Minda Kembali



Kepada sesiapa yang pernah berkunjung ke Tempurung Kaca sebelum ini, mungkin pernah membaca entry Senam minda - fikir di luar kotak..

Sekarang CP kembali lagi dengan Senam minda edisi Ceritera Che' Pit.. Siap bagi klue lagi ni..

SM1
Pengembara tua masuk gua

Untuk mencari harta khazanah

Kesempitan gua harus merangkak
Masuk lurus, keluar bengkok

*klue - tabiat manusia

SM2
Chong : Kerajaan kata Cuti-cuti 1Malaysia.. Jom kita cuti bersama

Wong : Eh, nak pergi mana?
Chong : Bak kata pepatah "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".. saya nak pergi sanalah
Wong : Oh.. saya tahu tempat itu.. Tapi nasihat saya "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna".. Tak nak ikut lah
*klue - tempat pelancongan

SM3
Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian
*klue - masalah badan manusia

SM4
Pak Ali ada ladang dan ingin menanam 2 jenis pokok iaitu getah dan koko.. bagi memenuhi cita2 nya, dia pun menanam separuh pokok getah dan separuh pokok koko.. Soalannya, pokok apa yang tumbuh dulu?

*klue - hmm pikirlah sdiri.. semua nak subsidi jawapan, huhu..

SM5
Pasaraya apa yang ajak seorang budak sahaja?

*klue - hmm pun pikirlah sdiri..

hmm cukuplah dulu.. nanti sambung
Selamat berfikir.. tension

Saturday, January 9, 2010

Falsafah Memandu Laju

Hmm mungkin ada yang tak setuju, tapi bagi CP, di lebuh raya, beri laluan pada orang.. jangan halang.. ada orang nak laju, beri lah laluan.. Dia laju, dia lepas had laju, jangan dihalang, biar dia potong, biar dia mendesup, biar dia pecut..

notakaki: gambar sekadar hiasan.. takde kaitan tuan punya kereta dengan org yang bawa laju2 tu..


Falsafahnya mudah, kalau nak bawa perlahan ambil lorong belah kiri sekali.. nak laju sikit ambil lorong tengah (lebuhraya yang ada 3 lorong) dan kalau nak laju sangat, nak jadi pelesit, haa guna lorong paling kanan..

Dia nak speed, lantak dia, jangan halang.. kalau halang atau bagi gambaran salah pada dia, boleh jadi kompius lalu memotong belah kiri dan boleh sebabkan kemalangan..

Jadi, apa kata CP? Biar cepat dan selamat sebab kadang-kadang lambat pun tak selamat..

Friday, January 8, 2010

Lembut Lidah

Mari kita baca dan sebut dengan laju2.. selaju yang boleh yer.. sebut sebiji2 tak main arr..
Mari kita lihat lidah siapa yang lembut,
lidah siapa yang terbelit ngeh ngeh ngeh..

lidah sape ni?


Lembut lidah 1
Peter Piper picked a pack of pepper
Did Peter Piper pick a peck of pepper?
If Peter Piper picked a peck of pepper
Where's the peck of pepper Peter Piper picked?

Lembut Lidah 2
Lanky Lawrance lost his lass and lobster
Did Lanky Lawrance lose his lass and lobster?
If Lanky Lawrance lost his lass and lobster,
Where are the lass and lobster Lanky Lawrance lost?

Lembut Lidah 3
Betty bought a butter
The butter became bitter
So Betty bought a better butter
To make the bitter butter better

Lembut Lidah 4
Kakakku kata kuku kakiku kaku
Lalu ku kerat kuku kakiku bertalu-talu

Selamat melembutkan lidah.. ngeh ngeh ngeh

gelakgulingbising

Thursday, January 7, 2010

Baik vs Jahat

nota kaki: gambar sekadar hiasan, ngeh ngeh ngeh..

Antara BAIK angeldengan JAHAT setan yang mana jadi pilihan kita?
Hmm kalau org yg berakal, dengan spontan akan jawab "baiklah, buat apa nak jadi jahat?"

Itu kata akal, tapi sampai bab perbuatan, lain lak jadinya.. Niat dah baik dah tapi perbuatan jadi jahat.. Nak jadi baik atau jahat, adalah pilihan sendiri..

Manusia yang paling rugi ialah manusia yang merasakan hidupnya tak beerti, dirinya tak berguna.. Kenapa lah nak rasa mcm tu? Daripada rasa mcm tu, baik rasa yang lain macam.. Rasa lain macam tentu semacam kan, ngeh ngeh ngeh..

Jadilah orang baik supaya hidup berkat, tapi nak jadi baik, masya Allah banyak sungguh cabarannya dan halangannya.. Tapi jangan sangka jadi jahat tu mudah.. Nak jadi baik atau jahat, sama susahnya, bahkan kadang2 jadi jahat tu lagi susah.. tul tak?

Kalau tengok drama atau filem, kisah orang jahat kan susah.. Tak pernah tenang.. Suka nya kejap jer pastu diburu susah, diburu resah, diburu bahaya.. Jadi apasal nak buat kerja yang susah mcm tu?Buat kerja elok2, kan bagus..

Moral of the story: Lebih baik kita bersusah-susah buat BAIK dari bersusah-susah buat JAHAT.. ngeh ngeh ngeh..

Tuesday, January 5, 2010

3 Kategori Budak Sekolah

Semalam hari pertama sessi persekolahan bagi Tahun 2010 (kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu yang sehari awal)

Selamat bersekolah bagi yang bersekolah, selamat bekerja bagi yang bekerja, selamat bercuti bagi yg bercuti.. Bersekolah ker, bekerja ker atau bercuti ker, biarlah betul2 yer.. Semua benda kalau kita buat betul2, di situlah titik kejayaan kita..

LIMA pasangan kembar Tahun 1 SK Bukit Beruntung, Hulu Selangor


CP nak kongsi pasal 3 kategori budak sekolah..

1. Kumpulan yang okey segala2 nya..
Tak payah suruh, tak payah marah, tak payah ugut, dia boleh buat semuanya sendiri.. Baca buku sekolah tak payah nanti disuruh.. Tahu dia pergi cari buku dan baca sendiri.. Kumpulan yang membahagiakan ibu bapa.. cikgu kat sekolah pun turut senang dengan anak murid mcm ni.. biasanya dapat result yang baik dalam peperiksaan..
tepuktangan

2. Kumpulan sekali suruh sekali buat, sekali suruh sekali buat, sekali suruh sekali buat..
Hah, CP beritahu pun sampai berulang kali.. Macam tu lah nak gambarkan perangai mereka. Sekali "hentak", sekali nak baca buku, sekali kena nasihat, pun sekali je dia berubah.. Tapi perubahan dia tak lama, asyik nak kena ingatkan selalu..
tension

3. Kumpulan tak makan saman..
Anak yang tak makan saman, terutama yang dah meningkat remaja, Ya Allah, sakitnya hati kan.. Rasa mcm bela lembu 100 ekor lagi baiklah dari anak yg degil mcm tu.. Degil, melawan, buat benda2 yang memalukan, menyakitkan hati dan seribu satu lagilah perkara yang tak baik dibuatnya..
marah

CP percaya dan melalui pengamatan CP, ramai ibu bapa yang mempunyai anak dlm 3 kumpulan yang CP sebutkan kat atas tadi.. Mesti ada campur2, jarang sangat kalau semua anaknya, semuanya ok.. Kalau ada, alhamdulillah lah..

Hmm walau kategori mana pun anak2 anda, dia tetap zuriat anda.. Berusaha sebaiknya untuk didik anak2 supaya akan jadi "seseorang" di masa hadapan.. Banyakkan doa, usaha dan tawakal..

CP ni cerita mcm dah ada anak lak, ngeh ngeh ngeh.. Sekadar berkongsi sesama kita..